NEGERI MELAKA
Warta Kerajaan
DITERBITKAN DENGAN KUASA
GOVERNMENT OF MALACCA GAZETTE
PUBLISHED BY AUTHORITY
Jil. 57 No. 20
26hb September 2013
TAMBAHAN No. 11 PERUNDANGAN
M. P.U. 16.
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI MELAKA) 2002
FATWA DI BAWAH SEKSYEN 36
FATWA yang dinyatakan dalam Jadual telah disediakan oleh Jawatankuasa Fatwa di bawah seksyen 35 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002 [En. No. 7 tahun 2002] dan telah dikemukakan kepada Majlis oleh Mufti, bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Fatwa, menurut subseksyen 36(3), dan telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong di bawah subseksyen 36(4) bagi penyiaran fatwa itu dalam Warta dan telah dimaklumkan kepada Kerajaan Negeri menurut subseksyen 36(6) fatwa itu adalah disiarkan dalam Warta di bawah subseksyen itu.
JADUAL
- (i) Amalan, fahaman dan ajaran Panjilangit yang dibawa oleh Mohd Jaffar bin Robani (Nombor Kad Pengenalan 670630-01-5657) dan pengikutnya didapati menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar kerana mengandungi unsur-unsur yang bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi akidah dan syariah.
- (ii) Antara ciri-ciri penyelewengan fahaman dan ajaran yang dibawa oleh Mohd Jaffar bin Robani adalah membuat dakwaan seperti berikut:
- mengakui dirinya benar-benar sempurna;
- meminta pengikut agar beriman dengan dirinya;
- dirinya sebagai pengantara Malaikat Jibrail;
- dirinya boleh mentafsir dosa orang yang datang berubat;
- dirinya diutuskan untuk membunuh Dajjal;
- dirinya sebagai pemegang takdir pembinasa Dajjal;
- dirinya itu adalah peringatan terakhir untuk alami ini;
- kiamat akan berlaku pada 21 Disember 2012.
- (ii) Setiap orang Islam adalah dilarang untuk mengajar, mempelajari, mengamalkan atau menyebarkan ajaran dan fahaman tersebut dalam apa-apa jua bentuk dan cara.
- (iv) Orang Islam di mana-mana jua berada, yang telah mengamalkan ajaran dan fahaman Panjilangit hendaklah segera bertaubat dan meninggalkan ajaran tersebut serta memohon keampunan kepada Allah Subhanahu Wataβala.
Bertarikh 27 Ogos 2013
[JMM/BFB(S)/351/255/01/14; PUNM. 700-02/37 Jld. 3]
DATUK SERI IR. HJ. IDRIS BIN HJ. HARON
Pengerusi/Chairman
Majlis Agama Islam Melaka