11 Rabiulawal 1448 H | Isnin, 24 Ogos 2026
Jabatan Mufti Negeri Melaka
Home / Gazetted Fatwa / Aqidah / Pengharaman Ajaran Panji Langit

Pengharaman Ajaran Panji Langit

FATWA21-Ajaran-Panji-Langit Β· 26 September 2013

Jata Negeri Melaka

NEGERI MELAKA

Warta Kerajaan
DITERBITKAN DENGAN KUASA

GOVERNMENT OF MALACCA GAZETTE
PUBLISHED BY AUTHORITY

Jil. 57 No. 20

26hb September 2013

TAMBAHAN No. 11 PERUNDANGAN

M. P.U. 16.

ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI MELAKA) 2002

FATWA DI BAWAH SEKSYEN 36

FATWA yang dinyatakan dalam Jadual telah disediakan oleh Jawatankuasa Fatwa di bawah seksyen 35 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002 [En. No. 7 tahun 2002] dan telah dikemukakan kepada Majlis oleh Mufti, bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Fatwa, menurut subseksyen 36(3), dan telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong di bawah subseksyen 36(4) bagi penyiaran fatwa itu dalam Warta dan telah dimaklumkan kepada Kerajaan Negeri menurut subseksyen 36(6) fatwa itu adalah disiarkan dalam Warta di bawah subseksyen itu.

JADUAL

  1. (i) Amalan, fahaman dan ajaran Panjilangit yang dibawa oleh Mohd Jaffar bin Robani (Nombor Kad Pengenalan 670630-01-5657) dan pengikutnya didapati menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar kerana mengandungi unsur-unsur yang bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi akidah dan syariah.
  2. (ii) Antara ciri-ciri penyelewengan fahaman dan ajaran yang dibawa oleh Mohd Jaffar bin Robani adalah membuat dakwaan seperti berikut:
    1. mengakui dirinya benar-benar sempurna;
    2. meminta pengikut agar beriman dengan dirinya;
    3. dirinya sebagai pengantara Malaikat Jibrail;
    4. dirinya boleh mentafsir dosa orang yang datang berubat;
    5. dirinya diutuskan untuk membunuh Dajjal;
    6. dirinya sebagai pemegang takdir pembinasa Dajjal;
    7. dirinya itu adalah peringatan terakhir untuk alami ini;
    8. kiamat akan berlaku pada 21 Disember 2012.
  3. (ii) Setiap orang Islam adalah dilarang untuk mengajar, mempelajari, mengamalkan atau menyebarkan ajaran dan fahaman tersebut dalam apa-apa jua bentuk dan cara.
  4. (iv) Orang Islam di mana-mana jua berada, yang telah mengamalkan ajaran dan fahaman Panjilangit hendaklah segera bertaubat dan meninggalkan ajaran tersebut serta memohon keampunan kepada Allah Subhanahu Wata’ala.

Bertarikh 27 Ogos 2013
[JMM/BFB(S)/351/255/01/14; PUNM. 700-02/37 Jld. 3]

DATUK SERI IR. HJ. IDRIS BIN HJ. HARON
Pengerusi/Chairman
Majlis Agama Islam Melaka

Fatwa Files

FATWA21-Ajaran-Panji-Langit.pdf
← Kembali ke Aqidah All Gazetted Fatwa β†’