Peruntukan undang-undang berkaitan Mufti dan fatwa di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002.
Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka ditubuhkan di bawah Seksyen 34, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002. Jawatankuasa ini dianggotai oleh sekurang-kurangnya 7 orang dan tidak lebih daripada 12 orang terdiri daripada:-
Jawatankuasa Fatwa hendaklah, atas perintah Yang di-Pertuan Agong, dan bolehlah atas kehendaknya sendiri atau permintaan oleh mana-mana orang yang dibuat melalui surat yang dialamatkan kepada Mufti, menyediakan fatwa atas apa-apa persoalan yang belum muktamad atau yang menimbulkan kontroversi yang berhubungan dengan hukum syarak.
Jika mana-mana mahkamah selain Mahkamah Syariah apa-apa persoalan Hukum Syarak perlu diputuskan, mahkamah itu boleh meminta pandapat Jawatankuasa Fatwa tentang persoalan itu, dan Mufti boleh memperakukan pendapat Jawatankuasa Fatwa itu kepada mahkamah yang membuat permintaan itu.