πππππ, π ππ€ππ¨πππ« β Jabatan Mufti Negeri Melaka dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menganjurkan Seminar Pendidikan Fatwa Negeri Melaka Tahun 2026M/1448H bertemakan "Akidah Terjaga, Muamalat Terpelihara" bertempat di Auditorium UiTM Melaka Kampus Jasin, di sini.
βPenganjuran seminar berkenaan menjadi platform penting dalam mengupas isu-isu kontemporari Islam yang menyentuh pelbagai aspek kehidupan masyarakat moden.
βSesi pertama yang dikendalikan oleh Pensyarah Kanan Universiti Sains Islam Malaysia, Prof. Madya Dr. Muhammad Hafiz bin Salleh selaku moderator melalui Perbincangan mengenai Panduan Syarak dalam Transaksi Digital dan Dunia Maya oleh Pengarah Bukan Eksekutif (INED) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Syariah AEON Bank, Ustaz Wan Rumaizi bin Wan Husin. Sesi tersebut turut mengupas Isu Bioteknologi Makanan Merangkumi Daging Kultur Dan Ubah Suai Genetik oleh Ahli Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI), Prof. Dr. Sahilah binti Abd Mutalib.
βManakala sesi kedua yang dipimpin oleh Pensyarah Kanan Universiti Multimedia Melaka, Tn. Hj. Ahmad Fahim bin Robani selaku moderator, meneruskan wacana mengenai Kewaspadaan Terhadap Penyelewengan Akidah oleh Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka, Datuk Hj. Rahimin bin Bani. Sesi berkenaan diakhiri dengan Pendedahan Panduan Tarekat Tasawwuf di Negeri Melaka oleh Pensyarah Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) UiTM Melaka, Prof. Madya Dr. Mohamad Fahmi Abdul Hamid.
βMajlis perasmian penutupan seminar tersebut telah disempurnakan oleh Mufti Kerajaan Negeri Melaka, Sahibus Samahah Datuk Wira Hj. Abdul Halim bin Tawil. Penganjuran Seminar ilmiah ini diharapkan dapat memperkasakan kefahaman ummah serta memelihara benteng akidah dan syariat seiring dengan perkembangan teknologi dan zaman