11 Rabiulawal 1448 H | Isnin, 24 Ogos 2026
Jabatan Mufti Negeri Melaka
Home / Gazetted Fatwa / Muamalat / Penyerahan Harta Tidak Patuh Syariah (Riba, Judi, Rasuah daโ€ฆ

Penyerahan Harta Tidak Patuh Syariah (Riba, Judi, Rasuah dan sebagainya) Kepada Baitulmal Atau Fakir Miskin

FATWA43-PenyerahanHartaTidakPatuhSyariah ยท 28 October 2010

Jata Negeri Melaka

NEGERI MELAKA

Warta Kerajaan
DITERBITKAN DENGAN KUASA

GOVERNMENT OF MALACCA GAZETTE
PUBLISHED BY AUTHORITY

Jil. 54
No. 22

28hb Oktober 2010

TAMBAHAN No. 16
PERUNDANGAN

M. P.U. 28.

ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI MELAKA) 2002
FATWA DI BAWAH SEKSYEN 36

FATWA yang dinyatakan dalam Jadual telah disediakan oleh Jawatankuasa Fatwa di bawah seksyen 35 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002 [En. No. 7 tahun 2002] dan telah dikemukakan kepada Majlis oleh Mufti, bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Fatwa, menurut subseksyen 36(3), dan telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong di bawah subseksyen 36(4) bagi penyiaran fatwa itu dalam Warta dan telah dimaklumkan kepada Kerajaan Negeri menurut subseksyen 36(6) fatwa itu adalah disiarkan dalam Warta di bawah subseksyen itu.

JADUAL

  1. Harta-harta yang diperolehi dengan cara yang tidak mematuhi syariah seperti riba, gharar, perjudian, penipuan, rompakan, rampasan, rasuah dan seumpamanya adalah haram dan tidak boleh digunakan untuk manfaat dan kepentingan diri sendiri serta perlu dibersihkan melalui kaedah-kaedah berikut :
    1. Diserahkan kepada Baitulmal untuk maslahah-maslahah umum umat Islam seperti membiayai pembinaan atau penyelenggaraan jambatan, jalan, tandas dan seumpamanya;
    2. Diserahkan kepada golongan fakir miskin;
    3. Jika harta tersebut merupakan harta rompak, curi dan seumpamanya, maka harta tersebut perlu diserahkan semula kepada pemiliknya. Jika pemiliknya telah meninggal dunia atau tidak dijumpai, maka harta tersebut mestilah dikembalikan kepada waris pemilik, maka harta tersebut hendaklah diserahkan kepada Baitulmal.

Bertarikh 6 Oktober 2010
[JMM/BFB(S)/351/255//01/05; PUNM. 700-02/37]

DATUK SERI HAJI MOHD ALI BIN MOHD RUSTAM
Pengerusi/Chairman,
Majlis Agama Islam Melaka

Fatwa Files

FATWA43-PenyerahanHartaTidakPatuhSyariah.pdf
โ† Kembali ke Muamalat All Gazetted Fatwa โ†’