11 Rabiulawal 1448 H | Isnin, 24 Ogos 2026
Soalan Lazim Peta Laman Maklum Balas |
| |
Jabatan Mufti Negeri Melaka
Utama / Warta Fatwa / Muamalat / Penyaluran Hasil Gharamah Institusi Kewangan Islam Kepada B…

Penyaluran Hasil Gharamah Institusi Kewangan Islam Kepada Baitulmal

FATWA44-PenyaluranHasilGharamah Β· 26 September 2013

Jata Negeri Melaka

NEGERI MELAKA

Warta Kerajaan
DITERBITKAN DENGAN KUASA

GOVERNMENT OF MALACCA GAZETTE
PUBLISHED BY AUTHORITY

Jil. 57
No. 20

26hb September 2013

TAMBAHAN No. 11
PERUNDANGAN

M. P.U. 15.

ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI MELAKA) 2002

FATWA DI BAWAH SEKSYEN 36

FATWA yang dinyatakan dalam Jadual telah disediakan oleh Jawatankuasa Fatwa di bawah seksyen 35 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002 [En. No. 7 tahun 2002] dan telah dikemukakan kepada Majlis oleh Mufti, bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Fatwa, menurut subseksyen 36(3), dan telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong di bawah subseksyen 36(4) bagi penyiaran fatwa itu dalam Warta dan telah dimaklumkan kepada Kerajaan Negeri menurut subseksyen 36(6) fatwa itu adalah disiarkan dalam Warta di bawah subseksyen itu.

JADUAL

    1. Keharusan mengenakan gharamah ke atas penerima biaya yang mungkir adalah berasaskan hadis Rasulullah Salallahu β€˜alaihi wasallam yang menyifatkan kelewatan pembayaran hutang oleh orang yang berkemampuan sebagai satu kezaliman dan boleh memudaratkan institusi kewangan Islam.
    2. Gharamah yang dihasilkan dalam institusi kewangan Islam perlu disalurkan kepada institusi yang berkait secara khusus dengan umat Islam supaya ianya tidak disalahgunakan.
    3. Sehubungan itu, selaras dengan kedudukan dan fungsi Baitulmal sebagai institusi tertinggi dalam menguruskan wang dan harta umat Islam, maka hasil gharamah Institusi Kewangan Islam hendaklah disalurkan ke Baitulmal bagi memastikan penggunaan harta tersebut menepati maslahah β€˜ammah umat Islam.

Bertarikh 27 Ogos 2013 [JMM/BFB(S)/351/255/01/14; PUNM. 700-02/37 Jld. 3]

DATUK SERI IR. HJ. IDRIS BIN HJ. HARON
Pengerusi/Chairman
Majlis Agama Islam Melaka

Fail Fatwa

FATWA44-PenyaluranHasilGharamah.pdf
← Kembali ke Muamalat Semua Warta Fatwa β†’