NEGERI MELAKA
Warta Kerajaan
DITERBITKAN DENGAN KUASA
GOVERNMENT OF MALACCA GAZETTE
PUBLISHED BY AUTHORITY
Jil. 59
No. 20
24hb September 2015
TAMBAHAN NO. 12
PERUNDANGAN
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI MELAKA) 2002
M. P.U. 14.
FATWA DI BAWAH SEKSYEN 36
FATWA UNDER SECTION 36
FATWA yang dinyatakan dalam Jadual telah disediakan oleh Jawatankuasa Fatwa di bawah seksyen 35 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002 [En. No. 7 tahun 2002] dan telah dikemukakan kepada Majlis oleh Mufti, bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Fatwa, menurut subseksyen 36(3), dan telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong di bawah subseksyen 36(4) bagi penyiaran fatwa itu dalam Warta dan telah dimaklumkan kepada Kerajaan Negeri menurut subseksyen 36(6) fatwa itu adalah disiarkan dalam Warta di bawah subseksyen itu.
JADUAL
- Fahaman dan ajaran Syiah adalah bercanggah dan menyeleweng daripada ajaran Islam menurut pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaβah serta boleh menjadi ancaman kepada keutuhan agama, kesatuan ummah dan keselamatan serta keamanan Negara.
- Fahaman dan ajaran ini perlu disekat keseluruhannya dari berkembang di Negeri Melaka. Antara perkara-perkara yang bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaβah di dalam ajaran dan fahaman Syiah sama ada dari sudut Aqidah, Syariah dan Akhlak adalahβ
- menambah atau mengurangi lafaz dan kandungan syahadah yang berlainan daripada lafaz dan syahadah yang menjadi pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah;
- mentaati Imam-imam dan mempercayai mereka sebagai maksum serta mempunyai sifat-sifat dan kelebihan yang luar biasa;
- mempercayai hanya Sayyidina Ali sahaja yang menghimpun al-Qurβan dengan sempurna dan menolak al-Qurβan yang disusun oleh para sahabat Nabi Sallallahu βalaihi wasallam yang lain serta mempercayai bahawa berlakunya penyelewengan (tahrif) sama ada pengurangan atau penambahan di dalam al-Qurβan serta mempercayai bahawa al-Qurβan mengandungi tujuh belas ribu ayat;
- menolak hadis-hadis yang diriwayatkan oleh para sahabat Rasulullah Sallallahu βalaihi wasallam dan hanya menerima hadis-hadis yang diriwayatkan oleh para Imam 12;
- mencerca dan menghina para sahabat yang diredhai oleh Allah Subhanahu Wa Taβala dan para isteri Rasulullah Sallallahu βalaihi wasallam dengan menuduh mereka sebagai pembohong, pengkhianat dan murtad;
- menuduh Sayyidina Abu Bakar, Umar, Uthman dan Muβawwiyah sebagai empat berhala Quraisy serta pengikut-pengikutnya adalah musuh Allah;
- mempercayai Al-Rajβah iaitu Allah Subhanahu Wa Taβala akan menghidupkan semula orang yang telah mati ke dunia sebelum berlakunya Qiamat bersama-sama kemunculan Imam Al-Mahdi Al-Muntazar;
- mengamalkan Al-Taqiah iaitu menyembunyikan hakikat aqidah, kepercayaan dan amalan yang menjadi pegangan dan amal perbuatan yang ingin dilakukan;
- menyetarafkan Sayyidina Ali dengan Allah Subhanahu Wa Taβala;
- mengamalkan nikah Mutβah;
- mempercayai Khalifah dan Imamah adalah sebahagian dari Rukun Islam dan diwasiatkan secara nas;
- mempercayai ilmu Allah berubah-ubah mengikut sesuatu peristiwa yang berlaku kepada manusia (al-Badaβ);
- menolak hadis yang diriwayatkan oleh para sahabat Rasulullah Sallallahu βalaihi wasallam sekalipun hadis mutawatir dan hanya menerima hadishadis yang diriwayatkan oleh Imam-imam Syiah;
- menolak Ijmaβ Ulamaβ;
- menolak Qiyas;
- mempercayai amalan menziarah kubur Sayyidina Husain akan memperolehi ganjaran syurga;
- melakukan upacara memukul dan menyeksa tubuh sempena 10 Muharram;
- mengharuskan solat jamaβ dalam semua keadaan;
- mengharamkan solat Dhuha;
- menetapkan Islam bukan syarat wajib haji;
- menetapkan prinsip khumus (seperlima) sebagai kadar zakat; dan
- fahaman-fahaman dan amalan-amalan lain yang menjadi pegangan Syiah dan bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
- Oleh itu, Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka memutuskan bahawa :
- mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan adalah dilarang untuk berpegang atau menjadi pengikut ajaran Syiah dan sesiapa yang melakukannya adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam menurut pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah;
- mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan yang mengisytiharkan diri sebagai orang yang bermazhab Syiah melalui pengakuan bersumpah atau apa-apa kaedah lain dan sesiapa yang melakukannya adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam menurut pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah;
- mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan adalah dilarang menjadi anggota atau pemimpin mana-mana golongan Syiah atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian dan sesiapa yang melakukannya adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam menurut pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah;
- mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan adalah dilarang untuk mengajar, mempelajari, mengamalkan, berpegang kepada atau untuk menyebarkan ajaran-ajaran atau fahaman-fahaman yang terkandung di dalam ajaran dan fahaman Syiah dan sesiapa yang melakukannya adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam menurut pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah;
- mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan yang menganjur, mengadakan dan membantu menjayakan apa-apa perayaan, sambutan keraian atau majlis yang boleh dikaitkan dengan fahaman Syiah dan sesiapa yang melakukannya adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam menurut pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah;
- Mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan adalah dilarang berada di dalam majlis, perayaan atau sambutan keraian yang boleh dikaitkan dengan fahaman Syiah dan sesiapa yang melakukannya adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam menurut pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah;
- Mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan melalui pertubuhan, persatuan atau syarikat yang cuba menghidupkan ajaran dan fahaman Syiah sama ada melalui apa-apa rangkaian atau manamana pertubuhan atau persatuan yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan ajaran, pegangan dan fahaman Syiah dan sesiapa yang melakukannya adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam menurut pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah;
- Mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan yang menjadi ahli atau pengikut Syiah dengan berselindung di sebalik apa-apa aktiviti ekonomi, perniagaan, pendidikan, kesenian dan sebagainya melalui pertubuhan, persatuan atau syarikat yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan ajaran, pegangan dan fahaman Syiah adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam menurut pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah;
- Mana-mana orang Islam yang memiliki, menyimpan, mencetak, menjual atau mengedar filem, rakaman audio, risalah, buku-buku, majalah atau apa-apa terbitan atau apa-apa dokumen; menggunakan sebarang bentuk lambang, rajah atau tanda-tanda yang boleh dikaitkan dengan ajaran dan fahaman Syiah kepada mana-mana harta alih atau tak alih adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam menurut pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah; dan jika mana-mana pihak memberi apa jua kemudahan dan bantuan boleh disifatkan sebagai suatu persubahatan; dan
- Mana-mana orang Islam yang menyiar atau menyebarkan apa-apa jua bahan yang menonjolkan ajaran, pegangan atau fahaman Syiah atau apaapa ajaran, pegangan atau fahaman baru yang mempunyai persamaan dengan unsur-unsur ajaran, pegangan dan fahaman Syiah dalam apa jua bentuk penerbitan dan cetakan atau siaran dalam mana-mana laman sesawang, blog, facebook, twitter atau media sosial lain adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam menurut pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
- Apa-apa variasi, versi, bentuk atau cabang mana-mana ajaran, pegangan atau fahaman baru yang mempunyai persamaan dengan unsur-unsur ajaran, pegangan dan fahaman Syiah adalah disifatkan sebagai ajaran dan fahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam menurut pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
- Apa jua bentuk tindakan seperti yang dinyatakan di atas adalah merupakan suatu kesalahan dan boleh diambil tindakan menurut undang-undang.
- Fatwa ini tidak mengikat terhadap mana-mana golongan seperti berikut :
- mana-mana orang dari luar negara yang asalnya dia berfahaman Syiah untuk berpegang dan mengamalkan amalan Syiah kecuali mengembangkannya;
- mana-mana orang Islam dalam kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang mengajar dan mempelajari ajaran dan fahaman Syiah bagi tujuan pembelajaran akademik; dan
- mana-mana orang Islam dalam kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang memiliki, menyimpan, mencetak, menjual atau mengedar buku-buku, filem, rakaman audio, risalah, majalah atau apa-apa terbitan atau apa-apa dokumen untuk tujuan pembelajaran dan rujukan akademik.
Bertarikh 16 Jun 2015
Dated 16 Jun 2015
[JMM/BFB(S)/351/255/01/17; PUNM. 700-02/37 Jilid 3]
DATUK SERI IR. HJ. IDRIS BIN HJ. HARON
Pengerusi
Majlis Agama Islam Melaka