11 Rabiulawal 1448 H | Isnin, 24 Ogos 2026
Soalan Lazim Peta Laman Maklum Balas |
| |
Jabatan Mufti Negeri Melaka
Utama / Warta Fatwa / Syariah / Pengharaman Wanita Berpenampilan Lelaki (Pengkid) dan Sebal…

Pengharaman Wanita Berpenampilan Lelaki (Pengkid) dan Sebaliknya

FATWA32-Pengkid Β· 19 November 2009

Jata Negeri Melaka

NEGERI MELAKA

Warta Kerajaan
DITERBITKAN DENGAN KUASA

GOVERNMENT OF MALACCA GAZETTE
PUBLISHED BY AUTHORITY

Jil. 53
No. 24

M.P.U. 20.

19hb November 2009

TAMBAHAN No. 11
PERUNDANGAN

ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI MELAKA) 2002

FATWA DI BAWAH SEKSYEN 36

FATWA yang dinyatakan dalam Jadual telah disediakan oleh Jawatankuasa Fatwa di bawah seksyen 35 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002 [En. No. 7 tahun 2002] dan telah dikemukakan kepada Majlis oleh Mufti, bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Fatwa, menurut subseksyen 36(3), dan telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong di bawah subseksyen 36(4) bagi penyiaran fatwa itu dalam Warta dan telah dimaklumkan kepada Kerajaan Negeri menurut subseksyen 36(6) fatwa itu adalah disiarkan dalam Warta di bawah subseksyen itu.

JADUAL

  1. Pengkid, iaitu wanita yang berpenampilan dan mempunyai gerak laku serta naluri seksual seperti lelaki adalah haram di sisi Islam. Pengamalnya hendaklah bertaubat dan kembali kepada fitrah asal kejadiannya.
  2. Ibu bapa dan masyarakat Islam digesa agar memberi perhatian serius terhadap gejala ini serta menekankan pendidikan dan tunjuk ajar yang sebaik-baiknya kepada anak-anak gadis khususnya dalam aspek berpakaian, perlakuan dan penampilan supaya gejala seumpama ini dapat dielakkan kerana ia adalah berlawanan dengan fitrah dan sunnatullah.

Bertarikh 6 November 2009
[JMM/BFB(S)/351/255/06/01; PUNM. 700-02/37]

DATUK SERI HAJI MOHD ALI BIN MOHD RUSTAM
Pengarah/Chairman
Majlis Agama Islam Melaka

Fail Fatwa

FATWA32-Pengkid.pdf
← Kembali ke Syariah Semua Warta Fatwa β†’