11 Rabiulawal 1448 H | Isnin, 24 Ogos 2026
Soalan Lazim Peta Laman Maklum Balas |
| |
Jabatan Mufti Negeri Melaka
Utama / Warta Fatwa / Aqidah / Pengharaman Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah Syeikh Nazim Aโ€ฆ

Pengharaman Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah Syeikh Nazim Al-Haqqani

FATWA19-Naqsyabandiah-Al-Aliyyah-Syeikh-Nazim-Al-Haqqani ยท 29 September 2011

Jata Negeri Melaka

NEGERI MELAKA

Warta Kerajaan
DITERBITKAN DENGAN KUASA

GOVERNMENT OF MALACCA GAZETTE
PUBLISHED BY AUTHORITY

Jil. 55
No. 20

29hb September 2011

TAMBAHAN No. 11
PERUNDANGAN

ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI MELAKA) 2002

M. P.U. 728.

FATWA DI BAWAH SEKSYEN 36

FATWA yang dinyatakan dalam Jadual telah disediakan oleh Jawatankuasa Fatwa di bawah seksyen 35 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002 [En. No. 7 tahun 2002] dan telah dikemukakan kepada Majlis oleh Mufti, bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Fatwa, menurut subseksyen 36(3), dan telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong di bawah subseksyen 36(4) bagi penyiaran fatwa itu dalam Warta dan telah dimaklumkan kepada Kerajaan Negeri menurut subseksyen 36(6) fatwa itu adalah disiarkan dalam Warta di bawah subseksyen itu.

JADUAL

  1. Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah di bawah pimpinan Syeikh Nazim bertentangan dengan fahaman akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan menyeleweng daripada ajaran Islam. Pengamal ajaran ini dikehendaki segera bertaubat.

Bertarikh 9 Jun 2011
[JMM/BFB(S)/351/255/01/09; PUNM. 700-02/37 JILID 2]

DATUK SERI HAJI MOHD ALI BIN MOHD RUSTAM
Pengerusi/Chairman,
Majlis Agama Islam Melaka

Fail Fatwa

FATWA19-Naqsyabandiah-Al-Aliyyah-Syeikh-Nazim-Al-Haqqani.pdf
โ† Kembali ke Aqidah Semua Warta Fatwa โ†’