11 Rabiulawal 1448 H | Isnin, 24 Ogos 2026
Jabatan Mufti Negeri Melaka
Home / Gazetted Fatwa / Syariah / Pengharaman Shisha

Pengharaman Shisha

PengharamanShisha Β· 5 November 2015

Jata Negeri Melaka

NEGERI MELAKA

Warta Kerajaan
DITERBITKAN DENGAN KUASA

GOVERNMENT OF MALACCA GAZETTE
PUBLISHED BY AUTHORITY

Jil. 59
No. 23

5hb November 2015

TAMBAHAN NO.14
PERUNDANGAN

ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI MELAKA) 2002
ADMINISTRATION OF THE RELIGION OF ISLAM (STATE OF MALACCA) ENACTMENT 2002

M. P.U. 18.

FATWA DI BAWAH SEKSYEN 36
Fatwa under Section 36

FATWA yang dinyatakan dalam Jadual telah disediakan oleh Jawatankuasa Fatwa di bawah seksyen 35 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002 [En. No. 7 tahun 2002] dan telah dikemukakan kepada Majlis oleh Mufti, bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Fatwa, menurut subseksyen 36(3), dan telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong di bawah subseksyen 36(4) bagi penyiaran fatwa itu dalam Warta dan telah dimaklumkan kepada Kerajaan Negeri menurut subseksyen 36(6) fatwa itu adalah disiarkan dalam Warta di bawah subseksyen itu.

ADMINISTRATION OF THE RELIGION OF ISLAM (STATE OF MALACCA) ENACTMENT 2002
Fatwa under Section 36
The fatwa set out in the Schedule was prepared by the Fatwa Committee under section 35 of the Administration of the Religion of Islam (State of Malacca) Enactment 2002 [En. No. of 2002] and has been submitted to the Majlis by the Mufti, on behalf and in the name of the Fatwa Committee, pursuant to subsection 36(3), and the Yang di-Pertuan Agong has given his assent under subsection 36(4) for the publication of the fatwa in the Gazette and the State Government has been informed of the fatwa pursuant to subsection 36(6) and the fatwa is published the Gazette under that subsection.

JADUAL/ SCHEDULE

  1. Shisha atau apa-apa jua produk atau bahan yang mempunyai ciri-ciri dan sifat-sifat yang sama dengan Shisha adalah haram.
  2. Oleh itu, umat Islam adalah dilarang menghisap Shisha atau menyediakan perkhidmatan menghisap Shisha atau apa jua aktiviti yang berkaitan dengan Shisha atau apa-apa jua produk atau bahan yang mempunyai ciri-ciri dan sifat-sifat yang sama dengan Shisha.
  3. Pengharaman Shisha ini adalah berdasarkan nas-nas syarak daripada Al-Quran dan Hadith serta Kaedah Fiqhiyyah bagi memastikan lima perkara asas bagi manusia yang terkandung dalam Maqasid Syari’yyah iaitu menjaga agama, jiwa, akal, keturunan dan harta dapat dipelihara sepertimana tuntutan syarak, kerana Shisha jelas memudaratkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan masa dan harta serta dikategorikan sebagai satu perkara buruk atau keji.

Bertarikh 29 Oktober 2015
Dated 29 October 2015
[JMM/BFB(S)/351/255/01/17;PUNM. 700-02/37 Jilid 3]

Datuk Seri Ir. Hj. Idris Bin Hj. Haron
Pengerusi/Chairman
Majlis Agama Islam Melaka

Fatwa Files

PengharamanShisha.pdf
← Kembali ke Syariah All Gazetted Fatwa β†’