NEGERI MELAKA
Warta Kerajaan
DITERBITKAN DENGAN KUASA
GOVERNMENT OF MALACCA GAZETTE
PUBLISHED BY AUTHORITY
Jil. 50 No. 22
2hb November 2006
TAMBAHAN No. 25
PERUNDANGAN
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI MELAKA) 2002
M. P.U. 32.
FATWA DI BAWAH SEKSYEN 38
FATWA yang dinyatakan dalam Jadual telah dibuat oleh Mufti bagi Negeri Melaka menurut subseksyen 38(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002 [Enakmen No. 7 tahun 2002] bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Fatwa selepas dipertimbangkan dan diluluskan dengan sebulat suara oleh Jawatankuasa Fatwa dan setelah mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong dan disiarkan menurut subseksyen 38(1) Enakmen itu.
JADUAL
- Amalan dan perbuatan Kumpulan Black Metal adalah sesat dan bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar. Oleh itu, umat Islam diminta menjauhi Kumpulan tersebut kerana perbuatan dan amalan mereka boleh menyebabkan seseorang itu terkeluar daripada Islam.
- Mana-mana orang Islam adalah dilarang β
- untuk mengajar, mempelajari, mengamalkan, atau menyebarkan amalan-amalan dan perbuatan Kumpulan tersebut;
- untuk menjadi anggota atau pemimpin Kumpulan tersebut atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan Kumpulan itu.
- Orang Islam di mana-mana jua berada, yang telah mengamalkan amalan dan perbuatan Kumpulan Black Metal hendaklah segera meninggalkan Kumpulan tersebut dan memohon keampunan kepada Allah subhanahu wataβala.
Bertarikh 2 Mac 2006
Dated 2 March 2006
[JMM/BFB/351/0020(35)]
DATUK WIRA HJ. RASHID REDZA BIN HJ. MD. SALEH
Mufti
Negeri Melaka