11 Rabiulawal 1448 H | Isnin, 24 Ogos 2026
Soalan Lazim Peta Laman Maklum Balas |
| |
Jabatan Mufti Negeri Melaka
Utama / Warta Fatwa / Aqidah / Pengharaman Kumpulan Anti Hadith Dan Buku-Buku Mengenainya

Pengharaman Kumpulan Anti Hadith Dan Buku-Buku Mengenainya

FATWA3-Kumpulan-Anti-Hadith-Dan-Buku-Mengenainya Β· 29 February 1996

Jata Negeri Melaka

NEGERI MELAKA

Warta Kerajaan
DITERBITKAN DENGAN KUASA

GOVERNMENT OF MALACCA GAZETTE
PUBLISHED BY AUTHORITY

Jil. 40
No. 5

29hb Februari 1996

ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARAK (MELAKA) 1991
(Enakmen No. 1 tahun 1991)
PEMBERITAHU FATWA

Pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberi di bawah seksyen 30 Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Melaka) 1991 dan setelah diluluskan dengan sebulat suara oleh Jawatankuasa Syariah menurut seksyen 33(6) Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Melaka) 1991, maka Mufti Kerajaan Melaka dengan ini membuat dan mengeluarkan, bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Syariah, fatwa berikut:

  1. Mana-mana orang atau kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku berikut:
    1. β€œHadis Satu Penilaian Semula” yang dikarang oleh Kassim Ahmad;
    2. β€œHadis Jawapan Kepada Pengkritik” yang dikarang oleh Kassim Ahmad;
    3. β€œPendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu: Hadis Di Dalam Al-Quran” yang dikarang oleh Hj. Idris Abd. Rahman;
    4. β€œBacaan” yang dikarang oleh Othman Ali;
    5. β€œThe Computer Speaks; God’s Message To The World” yang dikarang oleh Dr. Rashad Khalifa; dan
    6. Risalah β€œIqra’” terbitan Jemaah Al-Quran Malaysia;
    (selepas ini disebut secara kolektif sebagai β€œbuku-buku dan risalah tersebut”) adalah murtad.
  2. Mana-mana orang Islam adalah dilarang:
    1. untuk mengajar, mempelajari, mengamalkan, berpegang kepada atau menyebarkan ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku dan risalah tersebut;
    2. untuk mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan atau mengedarkan buku-buku dan risalah tersebut atau mana-mana bahagian buku-buku dan risalah tersebut dalam:
      1. apa-apa bentuk versi atau variasinya;
      2. apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;
      3. apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku dan risalah tersebut itu pada atau atas apa-apa bahan sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau
    3. untuk menjadi anggota atau pemimpin mana-mana kumpulan yang tersebut dalam perenggan 1 atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian.

Bertarikh 5 Januari 1996.
[PUN (M) 351/27; PMM/0020 Klt. 2 (26).]

DATUK SHEIKH HJ. MD. YUNUS BIN HJ. MD. YATIM
Mufti Negeri Melaka, Pengerusi, Jawatankuasa Syariah

Fail Fatwa

FATWA3-Kumpulan-Anti-Hadith-Dan-Buku-Mengenainya.pdf
← Kembali ke Aqidah Semua Warta Fatwa β†’