NEGERI MELAKA
Warta Kerajaan
DITERBITKAN DENGAN KUASA
GOVERNMENT OF MALACCA GAZETTE
PUBLISHED BY AUTHORITY
Jil. 40
No. 5
29hb Februari 1996
ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARAK (MELAKA) 1991
(Enakmen No. 1 tahun 1991)
PEMBERITAHU FATWA
Pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberi di bawah seksyen 30 Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Melaka) 1991 dan setelah diluluskan dengan sebulat suara oleh Jawatankuasa Syariah menurut seksyen 33(6) Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Melaka) 1991, maka Mufti Kerajaan Melaka dengan ini membuat dan mengeluarkan, bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Syariah, fatwa berikut:
- Mana-mana orang atau kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku berikut:
- βHadis Satu Penilaian Semulaβ yang dikarang oleh Kassim Ahmad;
- βHadis Jawapan Kepada Pengkritikβ yang dikarang oleh Kassim Ahmad;
- βPendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu: Hadis Di Dalam Al-Quranβ yang dikarang oleh Hj. Idris Abd. Rahman;
- βBacaanβ yang dikarang oleh Othman Ali;
- βThe Computer Speaks; Godβs Message To The Worldβ yang dikarang oleh Dr. Rashad Khalifa; dan
- Risalah βIqraββ terbitan Jemaah Al-Quran Malaysia;
- Mana-mana orang Islam adalah dilarang:
- untuk mengajar, mempelajari, mengamalkan, berpegang kepada atau menyebarkan ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku dan risalah tersebut;
- untuk mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan atau mengedarkan buku-buku dan risalah tersebut atau mana-mana bahagian buku-buku dan risalah tersebut dalam:
- apa-apa bentuk versi atau variasinya;
- apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;
- apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku dan risalah tersebut itu pada atau atas apa-apa bahan sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau
- untuk menjadi anggota atau pemimpin mana-mana kumpulan yang tersebut dalam perenggan 1 atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian.
Bertarikh 5 Januari 1996.
[PUN (M) 351/27; PMM/0020 Klt. 2 (26).]
DATUK SHEIKH HJ. MD. YUNUS BIN HJ. MD. YATIM
Mufti Negeri Melaka, Pengerusi, Jawatankuasa Syariah