11 Rabiulawal 1448 H | Isnin, 24 Ogos 2026
Soalan Lazim Peta Laman Maklum Balas |
| |
Jabatan Mufti Negeri Melaka
Utama / Warta Fatwa / Aqidah / Pengharaman Ilmu Tajalli (Hakikat Insan) Ahmad Laksamana biโ€ฆ

Pengharaman Ilmu Tajalli (Hakikat Insan) Ahmad Laksamana bin Omar

FATWA8-Pengharaman-Ilmu-Tajalli-Hakikat-Insan-Ahmad-Laksamana-bin-Omar ยท 12 July 2001

Jata Negeri Melaka

NEGERI MELAKA

Warta Kerajaan
DITERBITKAN DENGAN KUASA

GOVERNMENT OF MALACCA GAZETTE
PUBLISHED BY AUTHORITY

Jil. 21. +5
No. 14

12hb Julai 2001

TAMBAHAN No. 6
PERUNDANGAN

ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARAK
(NEGERI MELAKA) 1991

ADMINISTRATION OF MUSLIM LAW
(STATE OF MALACCA) ENACTMENT 1991

M. P.U. 6.

FATWA DI BAWAH SEKSYEN 30
FATWA UNDER SECTION 30

Fatwa yang dinyatakan dalam Jadual telah dibuat oleh Mufti bagi Negeri Melaka menurut subseksyen 30(1) Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Melaka) 1991 (Enakmen No. 5 tahun 1991), selepas dipertimbangkan dan diluluskan dengan sebulat suara oleh Jawatankuasa Syariah menurut subseksyen 33(6) Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Melaka) 1991, dan disiarkan menurut subseksyen 30(1) Enakmen itu.

The Fatwa set out in the Schedule was made by the Mufti of the State of Malacca pursuant to subsection 30(1) of the Administration of Muslim Law (State of Malacca) Enactment 1991 (Enactment No. 5 of 1991), after having been considered and unanimously approved by the Jawatankuasa Syariah pursuant to subsection 33(6) of the Administration of Muslim Law (State of Malacca) Enactment 1991, and is published pursuant to subsection 30(1) of the Enactment.

JADUAL/SCHEDULE

ILMU TAJALLI AHMAD LAKSAMANA (HAKIKAT INSAN)

  1. Ilmu Tajalli atau Ilmu Hakikat Insan ajaran Ahmad Laksamana dan buku-buku yang bertajuk -
    1. "Hakikat Insan" yang ditulis oleh Haji Ahmad Laksamana;
    2. "Rahsia Mengenal Diri" yang ditulis oleh Ustaz Hal Azwan; dan
    3. "Rahsia Hakikat Insan" dan "Ilmu Mengenal Allah" yang ditulis oleh Imam Al-Soouti,
    didapati mengandungi ajaran-ajaran yang bertentangan dengan Islam. Oleh yang demikian, orang Islam dilarang menyebar, mengajar, belajar dan mengamalkan ajaran itu.
  2. Orang Islam, di mana-mana jua berada, yang telah belajar dan mengamalkan ajaran Ilmu Tajalli atau Ilmu Hakikat Insan ajaran Ahmad Laksamana hendaklah meninggalkan ajaran itu dan memohon keampunan kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala.
  3. Orang Islam tidak boleh menjual, mencetak, mengedar, membeli atau memiliki buku-buku yang tersebut dalam perenggan (1).

Bertarikh 2 Julai 2001.
Dated 2 July 2001.
[PMM/0007 Jld. 3(27); PUN(M)351/27]

DATUK HJ. RASHID REDZA BIN HJ. MD. SALEH
Mufti,
Negeri Melaka

Fail Fatwa

FATWA8-Pengharaman-Ilmu-Tajalli-Hakikat-Insan-Ahmad-Laksamana-bin-Omar.pdf
โ† Kembali ke Aqidah Semua Warta Fatwa โ†’