29 Safar 1448 H | Rabu, 12 Ogos 2026
Soalan Lazim Peta Laman Maklum Balas |
| |
Jabatan Mufti Negeri Melaka
Utama / Warta Fatwa / Aqidah / Pengharaman Amalan Dan Kaedah Perubatan Encik Adam bin Isa โ€ฆ

Pengharaman Amalan Dan Kaedah Perubatan Encik Adam bin Isa (Tabib Adam)

Pengharaman-Amalan-Dan-Kaedah-Perubatan-Encik-Adam-bin-Isa-Tabib-Adam ยท 12 September 2024

Jata Negeri Melaka

NEGERI MELAKA

Warta Kerajaan
DITERBITKAN DENGAN KUASA

GOVERNMENT OF MALACCA GAZETTE
PUBLISHED BY AUTHORITY

Jil. 68
No. 37

12hb September 2024

TAMBAHAN No. 21
PERUNDANGAN

ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM
(NEGERI MELAKA) 2002

ADMINISTRATION OF THE RELIGION OF ISLAM
(STATE OF MALACCA) ENACTMENT 2002

M. P.U. 24.

FATWA DI BAWAH SEKSYEN 36
FATWA UNDER SECTION 36

Fatwa yang dinyatakan dalam Jadual telah disediakan oleh Jawatankuasa Fatwa di bawah seksyen 35 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002 [Enakmen 7 tahun 2002] dan telah dikemukakan kepada Majlis oleh Mufti, bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Fatwa, menurut subseksyen 36(3), dan telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong di bawah subseksyen 36(4) bagi penyiaran fatwa itu dalam Warta dan telah dimaklumkan kepada Kerajaan Negeri menurut subseksyen 36(6) fatwa itu adalah disiarkan dalam Warta di bawah subseksyen itu.

THE FATWA set out in the Schedule was prepared by the Fatwa Committee under section 35 of the Administration of the Religion of Islam (State of Malacca) Enactment 2002 [Enactment 7 of 2002] and has been submitted to the Majlis by the Mufti, on behalf and in the name of the Fatwa Committee, pursuant to subsection 36(3), and the Yang di-Pertuan Agong has given his assent under subsection 36(4) for the publication of the fatwa in the Gazette and the State Government has been informed of the fatwa pursuant to subsection 36(6) and the fatwa is published the Gazette under that subsection.

JADUAL/SCHEDULE

  1. Amalan, dan aktiviti perubatan Pusat Perubatan Islam Jarak Jauh Sunan Kalijaga atau Pusat Terapi atau apa-apa nama amalan dan aktiviti perubatan lain yang dikaitkan dengan Adam bin Isa (No. Pasport: KD441501B), dan pengikutnya didapati menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar kerana mengandungi unsur yang bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi akidah, dan syariah. Amalan dan aktiviti perubatan ini juga bercanggah dengan Garis Panduan Amalan Pengubatan Dan Perbomohan Menurut Islam yang dikeluarkan oleh pihak Majlis Agama Islam Melaka.
  2. Antara ciri penyelwengan dalam amalan, dan aktiviti perubatan ini adalah seperti yang berikut:
    1. pengamal perubatan ini menggunakan jin dalam melaksanakan aktiviti perubatan kepada orang ramai sebagai contoh melakukan pembedahan batin;
    2. membuat rawatan muka bagi tujuan menaikkan seri wajah dengan menggunakan Nur Allah dan Nur Muhammad;
    3. mengamalkan bacaan ayat-ayat al-Quran tertentu dalam hati dengan kadar bilangan yang banyak sebagai syarat untuk aktiviti perubatan. Kaedah tersebut adalah bertentangan dengan Hukum Syarak. Ayat-ayat tersebut adalah seperti yang berikut:
      1. Surah Al-Fatihah dalam hati 1 hari 10 ribu kali selama 7 hari = 70 ribu kali;
      2. Surah Al-Kafirun dalam hati 1 hari 10 ribu kali selama 7 hari = 70 ribu kali;
      3. Surah Al-Ikhlas dalam hati 1 hari 10 ribu kali selama 7 hari = 70 ribu kali;
      4. Surah An-Nas dalam hati 1 hari 10 ribu kali selama 7 hari = 70 ribu kali;
      5. Surah Al-Hasyr ayat 21-24 dalam hati 1 hari 10 ribu kali selama 7 hari = 70 ribu kali; dan
    4. menggunakan kaedah atau cara perubatan yang menyakitkan pesakit seperti mencengkam dan menekan tubuh pesakit dengan kuat serta duduk di atas badan pesakit kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada orang yang menerima rawatan;
  3. Amalan, dan kaedah perubatan Pusat Perubatan Islam Jarak Jauh Sunan Kalijaga atau Pusat Terapi atau apa-apa nama amalan dan kaedah perubatan lain yang dijalankan oleh Adam bin Isa atau pengikutnya adalah sesat, dan haram diamalkan.
  4. Mana-mana orang Islam adalah dilarang, dan diharamkan untuk mendapatkan khidmat perubatan, mempelajar, mengajar, mengamalkan atau menggunakan amalan Pusat Perubatan Islam Jarak Jauh Sunan Kalijaga, Pusat Terapi atau apa-apa nama amalan, dan kaedah perubatan lain yang digunakan oleh Adam bin Isa atau pengikutnya.
  5. Mana-mana orang Islam yang telah mendapatkan khidmat perubatan, mempelajari, mengajar, mengamalkan atau menggunakan amalan Pusat Perubatan Islam Jarak Jauh Sunan Kalijaga, Pusat Terapi atau apa-apa nama amalan, dan kaedah perubatan lain yang digunakan oleh Adam bin Isa atau pengikutnya hendaklah segera bertaubat dan meninggalkan amalan perubatan tersebut serta memohon keampunan kepada Allah SWT.
  6. Mana-mana orang Islam yang melakukan mana-mana perkara di atas adalah melakukan suatu kesalahan, dan boleh diambil tindakan di bawah mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa di negeri Melaka.

Bertarikh 27 Ogos 2024
Dated 27 August 2024
[JMM/BFB(S) 600-1/8/2 JLD 3;PUNM.700-02/37 Jilid 4]

DATUK SERI UTAMA AB RAUF BIN YUSOH
Pengerusi/Chairman
Majlis Agama Islam
Melaka

Fail Fatwa

Pengharaman-Amalan-Dan-Kaedah-Perubatan-Encik-Adam-bin-Isa-Tabib-Adam.pdf
โ† Kembali ke Aqidah Semua Warta Fatwa โ†’