11 Rabiulawal 1448 H | Isnin, 24 Ogos 2026
Soalan Lazim Peta Laman Maklum Balas |
| |
Jabatan Mufti Negeri Melaka
Utama / Warta Fatwa / Aqidah / Pengharaman Ajaran Zamre Bin Ab. Wahab

Pengharaman Ajaran Zamre Bin Ab. Wahab

Pengharaman-Ajaran-Zamre-Bin-Ab-Wahab Β· 29 May 2003

Jata Negeri Melaka

NEGERI MELAKA

Warta Kerajaan
DITERBITKAN DENGAN KUASA

GOVERNMENT OF MALACCA GAZETTE
PUBLISHED BY AUTHORITY

Jil. 47
No. 11

29hb Mei 2003

TAMBAHAN No. 11
PERUNDANGAN

ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARAK
(NEGERI MELAKA) 1991

ADMINISTRATION OF MUSLIM LAW (STATE OF MALACCA)
ENACTMENT 1991

M. P. U. 13.

FATWA DI BAWAH SEKSYEN 30
FATWA UNDER SECTION 30

Fatwa yang dinyatakan dalam Jadual telah dibuat oleh Mufti bagi Negeri Melaka menurut subseksyen 30(1) Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Melaka) 1991 [Enakmen No. 5 tahun 1991] bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Syariah selepas dipertimbangkan dan diluluskan dengan sebulat suara oleh Jawatankuasa Syariah menurut subseksyen 33(6) Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Melaka) 1991 dan disiarkan menurut subseksyen 30(1) Enakmen itu.

The Fatwa set out in the Schedule was made by the Mufti of the State of Malacca pursuant to subsection 30(1) of the Administration of Muslim Law (State of Malacca) Enactment 1991 [Enactment No. 5 of 1991] on behalf and in the name of the Jawatankuasa Syariah after having been considered and unanimously approved by the Jawatankuasa Syariah pursuant to subsection 33(6) of the Administration of Muslim Law (State of Malacca) Enactment 1991 and is published pursuant to subsection 30(1) of the Enactment.

JADUAL/SCHEDULE

  1. Ajaran Zamre bin Ab. Wahab adalah menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Ini adalah kerana ajaran tersebut didapatiβ€”
    1. mendakwa boleh menunaikan Haji hanya dengan mengerjakannya di Sungai Congkak, Hulu Langat sahaja;
    2. mendakwa dirinya sebagai Rasulullah;
    3. menukar nama pengikutnya dengan nama sahabat-sahabat bagi lelaki dan dengan nama isteri-isteri Nabi bagi pengikut wanita; dan
    4. mengamalkan nikah batin dengan 6 orang termasuk pelajar dan seorang pegawainya.
  2. Oleh yang demikian, umat Islam dilarang mengamalkan ajaran itu.

Bertarikh 24 Mei 2003
Dated 24 May 2003
[PMM/0020 Jld. 5(16); PUN(M)223/6 Klt. 11]

DATUK HJ. RASHID REDZA BIN HJ. MD. SALEH
Mufti,
Negeri Melaka/State of Malacca

Fail Fatwa

Pengharaman-Ajaran-Zamre-Bin-Ab-Wahab.pdf
← Kembali ke Aqidah Semua Warta Fatwa β†’