11 Rabiulawal 1448 H | Isnin, 24 Ogos 2026
Soalan Lazim Peta Laman Maklum Balas |
| |
Jabatan Mufti Negeri Melaka
Utama / Warta Fatwa / Aqidah / Pengharaman Ajaran Risalah Bab Kesucian Yang Dibawa Oleh Waโ€ฆ

Pengharaman Ajaran Risalah Bab Kesucian Yang Dibawa Oleh Wayang Hadi Kesumo (Hadi Minallah)

Pengharaman-Ajaran-Rislaah-Bab-Kesucian-Yang-Dibawa-Oleh-Wayang-Hadi-Kesumo-Hadi-Minallah ยท 12 September 2024

Jata Negeri Melaka

NEGERI MELAKA

Warta Kerajaan
DITERBITKAN DENGAN KUASA

GOVERNMENT OF MALACCA GAZETTE
PUBLISHED BY AUTHORITY

Jil. 68
No. 37

12hb September 2024

TAMBAHAN No. 21
PERUNDANGAN

ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM
(NEGERI MELAKA) 2002
ADMINISTRATION OF THE RELIGION OF ISLAM
(STATE OF MALACCA) ENACTMENT 2002

M. P.U. 27.

FATWA DI BAWAH SEKSYEN 36
FATWA UNDER SECTION 36

FATWA yang dinyatakan dalam Jadual telah disediakan oleh Jawatankuasa Fatwa di bawah seksyen 35 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002 [Enakmen 7 tahun 2002] dan telah dikemukakan kepada Majlis oleh Mufti, bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Fatwa, menurut subseksyen 36(3), dan telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong di bawah subseksyen 36(4) bagi penyiaran fatwa itu dalam Warta dan telah dimaklumkan kepada Kerajaan Negeri menurut subseksyen 36(6) fatwa itu adalah disiarkan dalam Warta di bawah subseksyen itu.

THE FATWA set out in the Schedule was prepared by the Fatwa Committee under section 35 of the Administration of the Religion of Islam (State of Malacca) Enactment 2002 [Enactment 7 of 2002] and has been submitted to the Majlis by the Mufti, on behalf and in the name of the Fatwa Committee, pursuant to subsection 36(3), and the Yang di-Pertuan Agong has given his assent under subsection 36(4) for the publication of the fatwa in the Gazette and the State Government has been informed of the fatwa pursuant to subsection 36(6) and the fatwa is published the Gazette under that subsection.

JADUAL/SCHEDULE

  1. Ajaran Yang Dibawa Oleh Wayang Hadi Kesumo (Hadi Minallah) adalah bercanggah dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Antara isu penyelwengan adalah seperti yang berikut:
    1. dalam aspek akidah, ajaran yang dibawa oleh Wayang Hadi Kesumo (Hadi Minallah) ini mengajak kepada konsep pluralisme agama yang bercanggah dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah serta cenderung untuk melakukan pengubahan (tahrif) terhadap al-Quran selain menolak sumber hadith sahih.
    2. dalam aspek syariah, ajaran yang dibawa oleh Wayang Hadi Kesumo (Hadi Minallah) menganggap pengikut kumpulan tersebut perlulah menyucikan diri mereka dengan mengikuti ajaran Risalah Bab Kesucian sebelum boleh melaksanakan ibadah fardu serta menghuraikan ibadah tersebut dengan cara yang bertentangan dengan syariat Islam. Ajaran Wayang Hadi Kesumo (Hadi Minallah) turut mempermainkan hukum Allah dengan mengharamkan perkara yang telah dihalalkan oleh Allah SWT termasuk dari sudut pernikahan.
    3. dalam aspek tasawuf, Ajaran Risalah Bab Kesucian yang dibawa oleh Wayang Hadi Kesumo (Hadi Minallah) mengandungi unsur yang memisahkan hubungan antara syariat, hakikat dan makrifat serta tidak memahami ilmu tasawuf dan makrifat yang sebenar menurut Ahli Sunnah Wal Jamaah.
  2. Oleh itu, ajaran yang dibawa oleh Wayang Hadi Kesumo (Hadi Minallah) adalah sesat, dan haram diamalkan.
  3. Fahaman, dan ajaran yang dibawa oleh Wayang Hadi Kesumo (Hadi Minallah) ini hendaklah dicegah dengan apa cara sekalipun daripada disebarkan di Negeri Melaka.
  4. Mana-mana orang Islam yang melakukan mana-mana perkara di atas adalah melakukan suatu kesalahan, dan boleh diambil tindakan di bawah mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa di negeri Melaka.
  5. Mana-mana orang Islam yang telah menyertai, dan mengamalkan atau berpegang kepada ajaran ini hendaklah segera bertaubat, dan memohon keampunan kepada Allah SWT.

Bertarikh 27 Ogos 2024
Dated 27 August 2024
[JMM/BFB(S) 600-1/8/2 JLD 3;PUNM.700-02/37 Jilid 4]

DATUK SERI UTAMA AB RAUF BIN YUSOH
Pengerusi/Chairman
Majlis Agama Islam
Melaka

Fail Fatwa

Pengharaman-Ajaran-Rislaah-Bab-Kesucian-Yang-Dibawa-Oleh-Wayang-Hadi-Kesumo-Hadi-Minallah.pdf
โ† Kembali ke Aqidah Semua Warta Fatwa โ†’