11 Rabiulawal 1448 H | Isnin, 24 Ogos 2026
Jabatan Mufti Negeri Melaka
Home / Gazetted Fatwa / Aqidah / Pengharaman Ajaran Mhd Mohib Khouli Nazeem

Pengharaman Ajaran Mhd Mohib Khouli Nazeem

MOHIB-KHOULI Β· 6 November 2025

Jata Negeri Melaka 

  NEGERI MELAKA

Warta Kerajaan
DITERBITKAN DENGAN KUASA

GOVERNMENT OF MALACCA GAZETTE
PUBLISHED BY AUTHORITY

Jil. 69
No. 45

6hb November 2025

TAMBAHAN No. 13
PERUNDANGAN

ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM
(NEGERI MELAKA) 2002

ADMINISTRATION OF THE RELIGION OF ISLAM
(STATE OF MALACCA) ENACTMENT 2002

M. P.U. 14.

FATWA DI BAWAH SEKSYEN 36
FATWA UNDER SECTION 36

Fatwa yang dinyatakan dalam Jadual telah disediakan oleh Jawatankuasa Fatwa di bawah seksyen 35 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002 [Enakmen 7 tahun 2002], dan telah dikemukakan kepada Majlis oleh Mufti, bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Fatwa, menurut subseksyen 36(3), dan telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong di bawah subseksyen 36(4) bagi penyiaran fatwa itu dalam Warta, dan telah dimaklumkan kepada Kerajaan Negeri menurut subseksyen 36(6) fatwa itu adalah disiarkan dalam Warta di bawah subseksyen itu.

THE FATWA set out in the Schedule was prepared by the Fatwa Committee under section 35 of the Administration of the Religion of Islam (State of Malacca) Enactment 2002 [Enactment 7 of 2002], and has been submitted to the Majlis by the Mufti, on behalf and in the name of the Fatwa Committee, pursuant to subsection 36(3), and the Yang di-Pertuan Agong has given his assent under subsection 36(4) for the publication of the fatwa in the Gazette, and the State Government has been informed of the fatwa pursuant to subsection 36(6) and the fatwa is published the Gazette under that subsection.

JADUAL/SCHEDULE

  1. Ajaran yang dibawa oleh Mhd Mohib Khouli Nazem adalah sesat dan menyelweng daripada akidah Islamiah, syariah dan akhlak serta bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Antara ciri-ciri penyelewengannya adalah seperti yang berikut:
    1. mendakwa bahawa Allah Subhanahu wa ta’ala harus mempunyai anak;
    2. mendakwa bahawa Allah Subhanahu wa ta’ala seolah-olah mempunyai sifat dan jisim yang sama seperti makhluk;
    3. menyesatkan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang berpegang kepada Manhaj al-Asya’irah dan al-Maturidiah dalam mentakwil ayat sifat Allah Subhanahu wa ta’ala seperti Istiwa, Wajh, Yad dan seumpamanya sebagai sesat sebagaimana ajaran Muktazilah dan Jahmiyyah;
    4. mendakwa bahawa akidah al-Asya’irah telah terkeluar daripada ajaran agama Islam sebenar;
    5. mendakwa bahawa akidah para ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti Imam Abu al-Hasan al-Ashaari, Imam al-Syahrastani, Imam al-Ghazali, Imam Fakhruddin al-Razi, Imam Izzuddin Ibn Abd al-Salam dan Imam al-Nawawi mempunyai pegangan yang sama dengan akidah golongan Jahmiyyah yang sesat;
    6. mendakwa bahawa Imam Abu Hanifah mati dalam keadaan kekufuran; dan
    7. mendakwa bahawa tidak sah solat di belakang imam yang berpegang dengan akidah al-Asya’irah, sekiranya solat Jumaat di belakang imam yang bermazhab al-Asya’irah maka solatnya hendaklah diulang dengan solat Zohor.
  2. Oleh itu, ajaran yang dibawa oleh Mhd Mohib Khouli Nazem adalah sesat dan haram diamalkan.
  3. Fahaman dan ajaran yang dibawa oleh Mhd Mohib Khouli Nazem ini hendaklah dicegah dan disekat dengan apa cara sekalipun daripada disebarkan.
  4. Mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan adalah dilarang dan diharamkan berpegang pada, mempercayai, mengajar, belajar, menganjur, mengadakan, membantu menjayakan apa-apa majlis, menyebarkan, mengamalkan atau menjadi pengikut, ahli kumpulan, berada di dalam majlis atau acara yang boleh dikaitkan dengan fahaman dan ajaran Mhd Mohib Khouli Nazem.
  5. Tiada seorang pun boleh memiliki, menyimpan, menjual, memuat naik, memuat turun, menyebarkan, mengedarkan, menggantungkan atau menerbitkan apa-apa poster, buku, majalah, risalah atau apa-apa bahan bacaan lain sama ada dicetak, ditaip, ditulis tangan atau dikeluarkan dalam apa-apa bentuk keluaran atau ulanganannya, termasuklah apa-apa filem, audio visual, rakaman, laman sesawang, media cetak atau media elektronik yang mengandungi ciri-ciri ajaran, pegangan dan fahaman Mhd Mohib Khouli Nazem.
  6. Mana-mana orang Islam yang melakukan mana-mana perkara di atas adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh diambil tindakan di bawah mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa di negeri Melaka.
  7. Mana-mana orang yang telah berpegang pada, mempercayai, mengajar, menyebarkan, mengamalkan atau menjadi pengikut ajaran, pegangan dan fahaman Mhd Mohib Khouli Nazem ini hendaklah segera bertaubat dengan taubat nasuha dan memohon keampunan kepada Allah Subhanahu wa ta’ala.

Bertarikh 24 Oktober 2025
Dated 24 October 2025
[JMM/BFB(S)600-1/8/1; PUNM.700-02/37 Jilid 4]

DATUK SERI UTAMA AB RAUF BIN YUSOH
Pengerusi/Chairman
Majlis Agama Islam
Melaka

Fatwa Files

Pengharaman Ajaran Mhd Mohib Khouli Nazeem
← Kembali ke Aqidah All Gazetted Fatwa β†’