NEGERI MELAKA
Warta Kerajaan
DITERBITKAN DENGAN KUASA
GOVERNMENT OF MALACCA GAZETTE
PUBLISHED BY AUTHORITY
Jil. 47
No. 2
16hb Januari 2003
TAMBAHAN No. 2
PERUNDANGAN
ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARAK (NEGERI MELAKA) 1991
M. P.U. 2.
FATWA DI BAWAH SEKSYEN 30
FATWA yang dinyatakan dalam Jadual telah dibuat oleh Mufti bagi Negeri Melaka menurut subseksyen 30(1) Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Melaka) 1991 [Enakmen No. 5 tahun 1991] bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Syariah selepas dipertimbangkan dan diluluskan dengan sebulat suara oleh Jawatankuasa Syariah menurut subseksyen 33(6) Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Melaka) 1991 dan disiarkan menurut subseksyen 30(1) Enakmen itu.
JADUAL
- Ajaran dan amalan Ilmu Hakikat Hassan b. Jonit didapati menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Oleh yang demikian, umat Islam dilarang mengamalkan ajaran itu.
- Orang Islam yang telah mengambil ijazah dan mengamalkan Ajaran Ilmu Hakikat Hassan b. Jonit di mana-mana jua berada hendaklah segera bertaubat serta memohon keampunan kepada ALLAH Subhanahu Wataβala.
-
Antara ciri-ciri ajaran itu
- mendakwa
- bertemu Allah;
- bertemu Nabi Muhammad dan pertemuan itu menghasilkan hadis Qudsi;
- boleh mentafsir mimpi;
- orang yang berdahi hitam tanda bela jin;
- nampak imam seperti khinzir jika solat buka mata;
- menolak adanya hari kiamat;
- beliau ialah wakil guru seluruh dunia yang telah diijazahkan oleh Rasulullah S.A.W. dan datang dari Luh Mahfuz yang dilantik ke bumi iaitu Baladil Amin;
- menyalah tafsir Al-Quran;
- mandi wajib hanya dengan mencelup jari;
- melarang berdoa untuk orang lain;
- mencabar Pihak Berkuasa Agama;
- mengarang buku yang mengandungi 19 bab seperti yang berikut:
- Bab Hakikat
- Bab Fatehah
- Bab Alhamdu
- Bab Bismillah
- Bab Al-Quran dan Kitab
- Bab Takbiratul Ehram
- Bab Sembahyang
- Bab Kaum Ibu
- Bab Roh/Nyawa
- Bab Maβni
- Bab Nabi 1
- Bab Nabi 2
- Bab Tauhiduz Zat 1
- Bab Tauhiduz Zat 2
- Bab Guru
- Bab Sifat
- Bab Maβrifat
- Bab Hati
- Mukadimah Bagi Orang Baru
- mendakwa
- Orang-orang Islam dilarang menjual, mengedar, membeli, memiliki atau memberi ceramah tentang isi kandungan buku yang dinyatakan dalam perenggan 3(h).
Bertarikh 31 Disember 2002
Dated 31 December 2002
[PMM/0020 Jld. 5(01); PUN(M)223/6 Klt. 10]
DATUK HJ. RASHID REDZA BIN HJ. MD. SALEH
Mufti,
Negeri Melaka