NEGERI MELAKA
Warta Kerajaan
DITERBITKAN DENGAN KUASA
GOVERNMENT OF MALACCA GAZETTE
PUBLISHED BY AUTHORITY
Jil. 68
No. 37
12hb September 2024
TAMBAHAN No. 21
PERUNDANGAN
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM
(NEGERI MELAKA) 2002
ADMINISTRATION OF THE RELIGION OF ISLAM
(STATE OF MALACCA) ENACTMENT 2002
M. P.U. 26.
FATWA DI BAWAH SEKSYEN 36
FATWA UNDER SECTION 36
FATWA yang dinyatakan dalam Jadual telah disediakan oleh Jawatankuasa Fatwa di bawah seksyen 35 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002 [Enactment 7 tahun 2002] dan telah dikemukakan kepada Majlis oleh Mufti, bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Fatwa, menurut subseksyen 36(3), dan telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong di bawah subseksyen 36(4) bagi penyiaran fatwa itu dalam Warta dan telah dimaklumkan kepada Kerajaan Negeri menurut subseksyen 36(6) fatwa itu adalah disiarkan dalam Warta di bawah subseksyen itu.
THE FATWA set out in the Schedule was prepared by the Fatwa Committee under section 35 of the Administration of the Religion of Islam (State of Malacca) Enactment 2002 [Enactment 7 of 2002] and has been submitted to the Majlis by the Mufti, on behalf and in the name of the Fatwa Committee, pursuant to subsection 36(3), and the Yang di-Pertuan Agong has given his assent under subsection 36(4) for the publication of the fatwa in the Gazette and the State Government has been informed of the fatwa pursuant to subsection 36(6) and the fatwa is published the Gazette under that subsection.
JADUAL/SCHEDULE
-
Ajaran, dan fahaman yang dibawa oleh Irwan bin Alias melalui pertubuhan, syarikat, dan entiti yang berkaitan dengannya bercanggah dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Antara isu penyelwengan adalah seperti yang berikut:
- dalam aspek akidah, ajaran yang dibawa oleh Irwan bin Alias ini mengandungi konsep hulul dan ittihad serta kepercayaan kepada tangkal, dan azimat yang bercanggah dengan akidah serta boleh menyebabkan seseorang itu terkeluar daripada Islam;
- dalam aspek syariah, ajaran yang dibawa oleh Irwan bin Alias lebih memberi penekanan terhadap ibadah sunat seperti amalan berzikir, dan cenderung untuk meremehkan ibadah yang telah disyaratkan seperti solat fardu secara berjemah dan solat Jumaat;
- dalam aspek tasawuf, ajaran yang dibawa oleh Irwan bin Alias mengandungi unsur penyelwengan terhadap konsep tajalli, dan wahdatul wujud yang sebenar menurut Ahli Sunnah Wal Jamaah selain melaksanakan aktiviti bersuluk yang dicampuradukkan dengan amalan khurafat seperti belajar ilmu jurus dan pengijazahan amalan-amalan ghaib; atau
- pengikut ajaran Irwan bin Alias yang telah berbaik/ah direkrut seperti tentera Islam akhir zaman, dan ahli mereka menetap di perkampungan akhir zaman yang terpencil daripada masyarakat berpotensi untuk menimbulkan ancaman keselamatan kepada negara.
- Oleh itu, ajaran Irwan bin Alias melalui pertubuhan, syarikat, dan entiti yang berkaitan dengannya, dan ajaran yang seumpama dengannya adalah sesat, dan haram diamalkan oleh orang Islam.
- Ajaran yang dibawa oleh Irwan bin Alias ini hendaklah disekat dengan apa cara sekalipun daripada disebarkan di Negeri Melaka.
- Mana-mana orang Islam yang telah menyertai, dan mengamalkan atau berpegang kepada ajaran ini hendaklah segera bertaubat, dan memohon keampunan kepada Allah SWT.
- Mana-mana orang Islam yang melakukan mana-mana perkara di atas adalah melakukan suatu kesalahan, dan boleh diambil tindakan di bawah mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa di negeri Melaka.
Bertarikh 27 Ogos 2024
Dated 27 August 2024
[JMM/BFB(S)600-1/8/2 JLD 3;PUNM. 700-02/37 Jilid 4]
DATUK SERI UTAMA AB RAUF BIN YUSOH
Pengerusi/Chairman
Majlis Agama Islam
Melaka