11 Rabiulawal 1448 H | Isnin, 24 Ogos 2026
Jabatan Mufti Negeri Melaka
Home / Gazetted Fatwa / Aqidah / Pengharaman Ajaran Dan Amalan Kebatinan Budi Suci

Pengharaman Ajaran Dan Amalan Kebatinan Budi Suci

FATWA13-Pengharaman-Ajaran-Dan-Amalan-Kebatinan-Budi-Suci Β· 2 August 2007

Jata Negeri Melaka

NEGERI MELAKA

Warta Kerajaan
DITERBITKAN DENGAN KUASA

GOVERNMENT OF MALACCA GAZETTE
PUBLISHED BY AUTHORITY

Jil. 51
No. 16

2hb Ogos 2007

TAMBAHAN No. 6
PERUNDANGAN

ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI MELAKA) 2002

M. P.U. 7.

FATWA DI BAWAH SEKSYEN 36

FATWA yang dinyatakan dalam Jadual telah disediakan oleh Jawatankuasa Fatwa di bawah seksyen 35 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002 [En. No. 7 tahun 2002] dan telah dikemukakan kepada Majlis oleh Mufti, bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Fatwa, menurut subseksyen 36(3), dan telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong di bawah subseksyen 36(4) bagi penyiaran fatwa itu dalam Warta dan telah dimaklumkan kepada Kerajaan Negeri menurut subseksyen 36(6) fatwa itu adalah disiarkan dalam Warta di bawah subseksyen itu.

JADUAL

  1. Ajaran dan amalan kebatinan Budi Suci didapati menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Oleh yang demikian, umat Islam dilarang mengamalkan ajaran itu.
  2. Antara ciri-ciri ajaran itu –
    1. Terdapat unsur-unsur Wahdatul Wujud di dalam amalan kebatinan ajaran kumpulan ini di mana dalam dua kalimah syahadah itu ada dua Nur iaitu Nur Muhammad dan Nur Allah.
    2. Mengaku bahawa asal usul itu berasal daripada perkataan β€œALHAMDU”.
    3. Mengatakan bahawa 13 rukun dalam solat 3 bahagian iaitu daripada Allah, bapa dan ibu.
    4. Mengubahsuai zikir dengan menyerupai kalimah Hindu (HU).
    5. Membahagikan qiblat kepada empat bahagian.
    6. Ada unsur-unsur tawassul di dalam zikir yang diamalkan.
    7. Mengatakan kalimah syahadah berasal daripada perkataan seperti Ujud, Kidam, Baqa’.
    8. Mengatakan fardhu bagi syahadah hanya dua perkara, sedangkan yang sebenarnya tiga.
    9. Asal kejadian manusia yang melalui 29 peringkat kejadian bermula daripada dalam zat Allah.
  1. Mana-mana orang Islam adalah dilarang untuk mengajar, mempelajari, mengamalkan atau menyebarkan ajaran dan amalan kebatinan tersebut dalam apa-apa jua bentuk dan cara.
  2. Orang Islam di mana-mana jua berada, yang telah mengamalkan ajaran dan amalan kebatinan Budi Suci hendaklah segera meninggalkan ajaran tersebut dan memohon keampunan kepada Allah subhanahu wata’ala.

Bertarikh 28 Jun 2007
[JMM/BFB/351/255/01(30); PUN(M)353/02/3(19)]

DATUK SERI HAJI MOHD ALI BIN MOHD RUSTAM
Pengerusi/Chairman
Majlis Agama Islam Melaka

Fatwa Files

FATWA13-Pengharaman-Ajaran-Dan-Amalan-Kebatinan-Budi-Suci.pdf
← Kembali ke Aqidah All Gazetted Fatwa β†’