NEGERI MELAKA
Warta Kerajaan
DITERBITKAN DENGAN KUASA
GOVERNMENT OF MALACCA GAZETTE
PUBLISHED BY AUTHORITY
Jil. 48
No. 12
3hb Jun 2004
TAMBAHAN No. 12
PERUNDANGAN
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI MELAKA) 2002
M. P.U. 18.
FATWA DI BAWAH SEKSYEN 36
FATWA yang dinyatakan dalam Jadual telah dibuat oleh Mufti bagi Negeri Melaka menurut subseksyen 36(6) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002 [Enakmen No. 7 tahun 2002] bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Fatwa selepas dipertimbangkan dan diluluskan dengan sebulat suara oleh Jawatankuasa Fatwa dan setelah mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong dan disiarkan menurut subseksyen 36(6) Enakmen itu.
JADUAL
- Ajaran Azhar bin Wahab didapati bertentangan dengan fahaman akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar;
- Bahawa mana-mana kumpulan atau orang perseorangan yang berpegang dan mengamalkan ajaran Azhar bin Wahab dianggap menyalahi Hukum Syarak dan wajib bertaubat.
Bertarikh 5 Mei 2004
Dated 5 May 2004
[PMM/0020 Jld. 5(23); PUN(M)223/6-8]
DATUK WIRA HJ. RASHID REDZA BIN HJ. MD. SALEH
Mufti,
Negeri Melaka