NEGERI MELAKA
Warta Kerajaan
DITERBITKAN DENGAN KUASA
GOVERNMENT OF MALACCA GAZETTE
PUBLISHED BY AUTHORITY
Jil. 55
No. 20
29hb September 2011
TAMBAHAN No. 11
PERUNDANGAN
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI MELAKA) 2002
M. P.U. 727.
FATWA DI BAWAH SEKSYEN 36
FATWA yang dinyatakan dalam Jadual telah disediakan oleh Jawatankuasa Fatwa di bawah seksyen 35 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002 [En. No. 7 tahun 2002] dan telah dikemukakan kepada Majlis oleh Mufti, bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Fatwa, menurut subseksyen 36(3), dan telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong di bawah subseksyen 36(4) bagi penyiaran fatwa itu dalam Warta dan telah dimaklumkan kepada Kerajaan Negeri menurut subseksyen 36(6) fatwa itu adalah disiarkan dalam Warta di bawah subseksyen itu.
JADUAL
- Ajaran atau fahaman agama Asalama didapati sesat. Oleh yang demikian, mana-mana orang Islam yang berpegang dengan ajaran atau fahaman tersebut juga adalah sesat;
- Mana-mana orang Islam adalah dilarang untuk mengajar, mempelajari, mengamalkan atau menyebarkan ajaran dan fahaman tersebut dalam apa-apa jua bentuk dan cara; dan
- Orang Islam di mana-mana jua berada, yang telah mengamalkan ajaran atau fahaman agama Asalama hendaklah segera meninggalkan ajaran atau fahaman tersebut dan bertaubat serta memohon keampunan kepada Allah subhanahu wataβala.
Bertarikh 9 Jun 2011
[JMM/BFB(S)/351/255/01/10; PUNM. 700-02/37 JILID 2]
DATUK SERI HAJI MOHD ALI BIN MOHD RUSTAM
Pengerusi/Chairman,
Majlis Agama Islam Melaka