NEGERI MELAKA
Warta Kerajaan
DITERBITKAN DENGAN KUASA
GOVERNMENT OF MALACCA GAZETTE
PUBLISHED BY AUTHORITY
Jil. 67
No. 8
23hb Februari 2023
TAMBAHAN No. 4
PERUNDANGAN
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM
(NEGERI MELAKA) 2002
FATWA DI BAWAH SEKSYEN 36
ADMINISTRATION OF THE RELIGION OF ISLAM
(STATE OF MALACCA) ENACTMENT 2002
FATWA UNDER SECTION 36
M. P.U. 4.
FATWA yang dinyatakan dalam Jadual telah disediakan oleh Jawatankuasa Fatwa di bawah seksyen 35 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002 [En. No. 7 tahun 2002] dan telah dikemukakan kepada Majlis oleh Mufti, bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Fatwa, menurut subseksyen 36(3), dan telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong di bawah subseksyen 36(4) bagi penyiaran fatwa itu dalam Warta dan telah dimaklumkan kepada Kerajaan Negeri menurut subseksyen 36(6) fatwa itu adalah disiarkan dalam Warta di bawah subseksyen itu dan subseksyen 38(1).
The Fatwa set out in the Schedule was prepared by the Fatwa Committee under section 35 of the Administration of the Religion of Islam (State of Malacca) Enactment 2002 [En. No. 7 of 2002] and has been submitted to the Majlis by the Mufti, on behalf and in the name of the Fatwa Committee, pursuant to subsection 36(3), and the Yang di-Pertuan Agong has given his assent under subsection 36(4) for the publication of the fatwa in the Gazette and the State Government has been informed of the fatwa pursuant to subsection 36(6) and the fatwa is published the Gazette under that subsection and subsection 38(1).
(JADUAL/SCHEDULE)
- Menetapkan bahawa satu gantang Baghdad iaitu bersamaan dengan 2.60 kilogram beras bagi Super Tempatan Gred A (5% - 10% hancur).
- Bersetuju bahawa penetapan kadar Zakat Fitrah Negeri Melaka bagi tahun 1442H/2021M kepada dua (2) kadar iaitu:
- kadar minimum yang wajib sebanyak RM7.00 seorang kepada pengguna bagi beras Super Spesial Tempatan; dan
- kadar RM14.00 bagi pengguna beras jenis Super Spesial Import, Basmathi, Thai/Siam dan gred beras yang lebih tinggi sebagai kewajipan kepada masyarakat Islam yang memakan jenis beras tersebut.
Bertarikh 1 Februari 2023
Dated 1 February 2023
[JMM/BFB(S) 600-1/9/2-1 Jld. 2; PUNM. 700-02/37 Jilid 4]