11 Rabiulawal 1448 H | Isnin, 24 Ogos 2026
Soalan Lazim Peta Laman Maklum Balas |
| |
Jabatan Mufti Negeri Melaka
Utama / Warta Fatwa / Syariah / Penetapan Kadar 'Uruf Pemakaian Emas Di Negeri Melaka Yang โ€ฆ

Penetapan Kadar 'Uruf Pemakaian Emas Di Negeri Melaka Yang Melebihi 200 Gram Dikenakan Zakat

FATWA34-PenetapanKadar-UrufPemakaianEmas ยท 6 January 2011

Jata Negeri Melaka

NEGERI MELAKA

Warta Kerajaan
DITERBITKAN DENGAN KUASA

GOVERNMENT OF MALACCA GAZETTE
PUBLISHED BY AUTHORITY

Jil. 55
No. 1

6hb Januari 2011

TAMBAHAN No. 1
PERUNDANGAN

ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI MELAKA) 2002

M. P.U. 1.

FATWA DI BAWAH SEKSYEN 36 DAN SUBSEKSYEN 38(1)

FATWA yang dinyatakan dalam Jadual telah disediakan oleh Jawatankuasa Fatwa di bawah seksyen 35 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002 [En. No. 7 tahun 2002] dan telah dikemukakan kepada Majlis oleh Mufti, bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Fatwa, menurut subseksyen 36(3), dan telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong di bawah subseksyen 36(4) bagi penyiaran fatwa itu dalam Warta dan telah dimaklumkan kepada Kerajaan Negeri menurut subseksyen 36(6) fatwa itu adalah disiarkan dalam Warta di bawah subseksyen itu dan subseksyen 38(1).

JADUAL

  1. Menetapkan bahawa kadar โ€˜uruf pemakaian emas perhiasan oleh wanita Islam di negeri Melaka ialah sebanyak 200 gram;
  2. Kadar pengiraan zakat emas perhiasan bagi negeri Melaka ialah 2.5 peratus daripada nilai emas yang melebihi kadar โ€˜uruf pemakaian emas yang ditetapkan seperti formula berikut : 2.5% x (nilai emas โ€“ kadar โ€˜uruf) = zakat emas
  3. Meminda keputusan fatwa terdahulu dengan keputusan ini dan menyiarkannya dalam Warta Kerajaan Negeri Melaka.

Bertarikh 18 Mei 2010
[JMM/BFB(S)/351/255//02/09; PUNM. 700-02/40]

DATUK SERI HAJI MOHD ALI BIN MOHD RUSTAM
Pengerusi/Chairman,
Majlis Agama Islam Melaka

Fail Fatwa

FATWA34-PenetapanKadar-UrufPemakaianEmas.pdf
โ† Kembali ke Syariah Semua Warta Fatwa โ†’