11 Rabiulawal 1448 H | Isnin, 24 Ogos 2026
Jabatan Mufti Negeri Melaka
Home / Gazetted Fatwa / Syariah / Penentuan Kadar Nisab Zakat Harta Berdasarkan Kepada Purata…

Penentuan Kadar Nisab Zakat Harta Berdasarkan Kepada Purata Nisab Tahunan Mengikut Takwim Miladi (Tahun Sebelumnya)

FATWA28-KadarZakatHartaMengikutTakwimMiladi Β· 19 November 2009

Jata Negeri Melaka

NEGERI MELAKA

Warta Kerajaan
DITERBITKAN DENGAN KUASA

GOVERNMENT OF MALACCA GAZETTE
PUBLISHED BY AUTHORITY

Jil. 53 No. 24

19hb November 2009

TAMBAHAN No. 11
PERUNDANGAN

ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI MELAKA) 2002

M.P.U. 17

FATWA DI BAWAH SEKSYEN 36

FATWA yang dinyatakan dalam Jadual telah disediakan oleh Jawatankuasa Fatwa di bawah seksyen 35 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002 [En. No. 7 tahun 2002] dan telah dikemukakan kepada Majlis oleh Mufti, bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Fatwa, menurut subseksyen 36(3), dan telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong di bawah subseksyen 36(4) bagi penyiaran fatwa itu dalam Warta dan telah dimaklumkan kepada Kerajaan Negeri menurut subseksyen 36(6) fatwa itu adalah disiarkan dalam Warta di bawah subseksyen itu.

JADUAL

Menetapkan bahawa kaedah pengiraan nisab zakat harta yang bersandarkan kepada timbangan emas bagi tahun semasa di negeri Melaka adalah berdasarkan kepada purata nisab tahunan mengikut takwim miladi (tahun sebelumnya) seperti jadual berikut :

  1. Langkah 1 : Tentukan kadar nisab bulanan mengikut takwim miladi (tahun sebelumnya) seperti berikut:

    (Jumlah Harga Emas Bulanan x Nisab Emas) Γ· Bilangan Hari Niaga = Kadar Nisab Bulanan (Tahun Sebelumnya)

  2. Langkah 2 : Tentukan purata nisab tahunan mengikut takwim miladi (tahun sebelumnya) untuk mendapatkan kadar nisab tahun semasa seperti berikut:

    Jumlah Nisab Bulanan (Tahun Sebelumnya) Γ· 12 = Kadar Nisab Tahun Semasa

Bertarikh 6 November 2009
[JMM/BFB(S)/351/255/02/05; PUNM. 700-02/37]

DATUK SERI HAJI MOHD ALI BIN MOHD RUSTAM
Pengarah/Chairman
Majlis Agama Islam Melaka

Fatwa Files

FATWA28-KadarZakatHartaMengikutTakwimMiladi.pdf
← Kembali ke Syariah All Gazetted Fatwa β†’