11 Rabiulawal 1448 H | Isnin, 24 Ogos 2026
Jabatan Mufti Negeri Melaka
Home / Gazetted Fatwa / Syariah / Penentuan Hukum Plasma Darah Dalam Makanan

Penentuan Hukum Plasma Darah Dalam Makanan

Penentuan-Hukum-Plasma-Darah-Dalam-Makanan ยท 12 September 2024

Jata Negeri Melaka

NEGERI MELAKA

Warta Kerajaan
DITERBITKAN DENGAN KUASA

GOVERNMENT OF MALACCA GAZETTE
PUBLISHED BY AUTHORITY

Jil. 68
No. 37

12hb September 2024

TAMBAHAN No. 21
PERUNDANGAN

ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM
(NEGERI MELAKA) 2002

ADMINISTRATION OF THE RELIGION OF ISLAM
(STATE OF MALACCA) ENACTMENT 2002

M. P.U. 22.

FATWA DI BAWAH SEKSYEN 36
FATWA UNDER SECTION 36

Fatwa yang dinyatakan dalam Jadual telah disediakan oleh Jawatankuasa Fatwa di bawah seksyen 35 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002 [Enactment 7 tahun 2002] dan telah dikemukakan kepada Majlis oleh Mufti, bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Fatwa, menurut subseksyen 36(3), dan telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong di bawah subseksyen 36(4) bagi penyiaran fatwa itu dalam Warta dan telah dimaklumkan kepada Kerajaan Negeri menurut subseksyen 36(6) fatwa itu adalah disiarkan dalam Warta di bawah subseksyen itu.

The Fatwa set out in the Schedule was prepared by the Fatwa Committee under section 35 of the Administration of the Religion of Islam (State of Malacca) Enactment 2002 [Enactment 7 of 2002] and has been submitted to the Majlis by the Mufti, on behalf and in the name of the Fatwa Committee, pursuant to subsection 36(3), and the Yang di-Pertuan Agong has given his assent under subsection 36(4) for the publication of the fatwa in the Gazette and the State Government has been informed of the fatwa pursuant to subsection 36(6) and the fatwa is published the Gazette under that subsection.

JADUAL/SCHEDULE

  1. Penggunaan darah mengalir dalam segala jenis makanan atau minuman adalah haram secara ijmak.
  2. Penggunaan plasma darah dalam produk makanan dan minuman adalah haram berdasarkan hujah-hujah berikut:
    1. tidak berlaku sebarang proses istihalah tannahi dalam penggunaan plasma darah;
    2. penggunaan plasma darah dalam makanan atau minuman tidak sampai ke tahap mendesak atau darurat; dan
    3. masih terdapat alternatif dari sumber protien yang halal selain plasma darah.

Bertarikh 27 Ogos 2024
Dated 27 August 2024
[JMM/BFB(S) 600-1/8/7;PUNM.700-02/37 Jilid 4]

DATUK SERI UTAMA AB RAUF BIN YUSOH
Pengerusi/Chairman
Majlis Agama Islam
Melaka

Fatwa Files

Penentuan-Hukum-Plasma-Darah-Dalam-Makanan.pdf
โ† Kembali ke Syariah All Gazetted Fatwa โ†’