11 Rabiulawal 1448 H | Isnin, 24 Ogos 2026
Soalan Lazim Peta Laman Maklum Balas |
| |
Jabatan Mufti Negeri Melaka
Utama / Warta Fatwa / Muamalat / Pembayaran Zakat Menggunakan Mana-Mana Kad Kredit Islamik

Pembayaran Zakat Menggunakan Mana-Mana Kad Kredit Islamik

PembayaranZakatMenggunakanMana-ManaKadKredit-Islamik Β· 5 November 2015

Jata Negeri Melaka

NEGERI MELAKA

Warta Kerajaan
DITERBITKAN DENGAN KUASA

GOVERNMENT OF MALACCA GAZETTE
PUBLISHED BY AUTHORITY

Jil. 59
No. 23

5hb November 2015

TAMBAHAN NO.14
PERUNDANGAN

ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI MELAKA) 2002
ADMINISTRATION OF THE RELIGION OF ISLAM (STATE OF MALACCA) ENACTMENT 2002

M. P.U. 19.

FATWA DI BAWAH SEKSYEN 36
FATWA UNDER SECTION 36

FATWA yang dinyatakan dalam Jadual telah disediakan oleh Jawatankuasa Fatwa di bawah seksyen 35 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002 [En. No. 7 tahun 2002] dan telah dikemukakan kepada Majlis oleh Mufti, bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Fatwa, menurut subseksyen 36(3), dan telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong di bawah subseksyen 36(4) bagi penyiaran fatwa itu dalam Warta dan telah dimaklumkan kepada Kerajaan Negeri menurut subseksyen 36(6) fatwa itu adalah disiarkan dalam Warta di bawah subseksyen itu.

The fatwa set out in the Schedule was prepared by the Fatwa Committee under section 35 of the Administration of the Religion of Islam (State of Malacca) Enactment 2002 [En. No. of 2002] and has been submitted to the Majlis by the Mufti, on behalf and in the name of the Fatwa Committee, pursuant to subsection 36(3), and the Yang di-Pertuan Agong has given his assent under subsection 36(4) for the publication of the fatwa in the Gazette and the State Government has been informed of the fatwa pursuant to subsection 36(6) and the fatwa is published the Gazette under that subsection.

JADUAL/ SCHEDULE

  1. Hukum pembayaran zakat menggunakan mana-mana kad kredit yang berlandaskan syariah berasaskan konsep Bai’ β€˜Inah, Wadi’ah, Tawarruq, Ujrah atau Qardh atau kombinasi mana-mana konsep tersebut adalah harus; dan
  2. apa jua kos yang terlibat dalam urusan tersebut termasuk pembangunan sistem, penyediaan perkhidmatan, penyelenggaraan, caj transaksi dan sebagainya hendaklah ditanggung oleh Pusat Zakat Melaka dan bukan pihak pembayar zakat.

Bertarikh 29 Oktober 2015
Dated 29 October 2015 [JMM/BFB(S)/351/255/01/17;PUNM. 700-02/37 Jilid 3]

DATUK SERI IR. HJ. IDRIS BIN HJ. HARON
Pengerusi/Chairman
Majlis Agama Islam Melaka

Fail Fatwa

PembayaranZakatMenggunakanMana-ManaKadKredit-Islamik.pdf
← Kembali ke Muamalat Semua Warta Fatwa β†’