11 Rabiulawal 1448 H | Isnin, 24 Ogos 2026
Jabatan Mufti Negeri Melaka
Home / Gazetted Fatwa / Aqidah / Larangan Senaman Yoga

Larangan Senaman Yoga

FATWA15-Larangan-Senaman-Yoga ยท 19 November 2009

Jata Negeri Melaka

NEGERI MELAKA

Warta Kerajaan
DITERBITKAN DENGAN KUASA

GOVERNMENT OF MALACCA GAZETTE
PUBLISHED BY AUTHORITY

Jil. 53
No. 24

19hb November 2009

TAMBAHAN No. 11
PERUNDANGAN

ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI MELAKA) 2002

M.P.U. 21.

FATWA DI BAWAH SEKSYEN 36

FATWA yang dinyatakan dalam Jadual telah disediakan oleh Jawatankuasa Fatwa di bawah seksyen 35 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002 [En. No. 7 tahun 2002] dan telah dikemukakan kepada Majlis oleh Mufti, bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Fatwa, menurut subseksyen 36(3), dan telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong di bawah subseksyen 36(4) bagi penyiaran fatwa itu dalam Warta dan telah dimaklumkan kepada Kerajaan Negeri menurut subseksyen 36(6) fatwa itu adalah disiarkan dalam Warta di bawah subseksyen itu.

JADUAL

  1. Senaman yoga yang berasal daripada masyarakat Hindu sejak sebelum Masihi lagi menggabungkan amalan fizikal, unsur-unsur keagamaan dan pemujaan bagi tujuan tertentu adalah haram menurut syariat Islam dan boleh merosakkan akidah umat Islam.
  2. Oleh itu, apa-apa jua jenis atau bentuk senaman yang mengandungi unsur-unsur sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan (1) di atas adalah haram menurut syariat Islam dan dilarang orang Islam beramal dengannya.

Bertarikh 6 November 2009
[JMM/BFB(S)/351/255/01/04; PUNM. 700-02/37]

DATUK SERI HAJI MOHD ALI BIN MOHD RUSTAM
Pengarah/Chairman,
Majlis Agama Islam Melaka

Fatwa Files

FATWA15-Larangan-Senaman-Yoga.pdf
โ† Kembali ke Aqidah All Gazetted Fatwa โ†’