11 Rabiulawal 1448 H | Isnin, 24 Ogos 2026
Soalan Lazim Peta Laman Maklum Balas |
| |
Jabatan Mufti Negeri Melaka
Utama / Warta Fatwa / Aqidah / Larangan Penggunaan Kalimah Allah Kepada Orang Bukan Islam

Larangan Penggunaan Kalimah Allah Kepada Orang Bukan Islam

Larangan-Penggunaan-Kalimah-Allah-Kepada-Orang-Bukan-Islam-2025 ยท 6 November 2025

Jata Negeri Melaka

NEGERI MELAKA

Warta Kerajaan
DITERBITKAN DENGAN KUASA

GOVERNMENT OF MALACCA GAZETTE
PUBLISHED BY AUTHORITY

Jil. 69
No. 45

6hb November 2025

TAMBAHAN No. 13
PERUNDANGAN

ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM
(NEGERI MELAKA) 2002

ADMINISTRATION OF THE RELIGION OF ISLAM
(STATE OF MALACCA) ENACTMENT 2002

M. P.U. 16.

FATWA DI BAWAH SEKSYEN 36
FATWA UNDER SECTION 36

Fatwa yang dinyatakan dalam Jadual telah disediakan oleh Jawatankuasa Fatwa di bawah seksyen 35 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002 [Enakmen 7 tahun 2002], dan telah dikemukakan kepada Majlis oleh Mufti, bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Fatwa, menurut subseksyen 36(3), dan telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong di bawah subseksyen 36(4) bagi penyiaran fatwa itu dalam Warta, dan telah dimaklumkan kepada Kerajaan Negeri menurut subseksyen 36(6) fatwa itu adalah disiarkan dalam Warta di bawah subseksyen itu.

The Fatwa set out in the Schedule was prepared by the Fatwa Committee under section 35 of the Administration of the Religion of Islam (State of Malacca) Enactment 2002 [Enactment 7 of 2002], and has been submitted to the Majlis by the Mufti, on behalf and in the name of the Fatwa Committee, pursuant to subsection 36(3), and the Yang di-Pertuan Agong has given his assent under subsection 36(4) for the publication of the fatwa in the Gazette, and the State Government has been informed of the fatwa pursuant to subsection 36(6) and the fatwa is published the Gazette under that subsection.

JADUAL/SCHEDULE

  1. Bahawa kalimah Allah [Lafz Al-Jalalah] merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan kalimah itu tidak boleh digunakan atau dikaitkan dengan agama-agama bukan Islam.
  2. Oleh itu, wajib bagi umat Islam melindunginya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat dan tindakan perlu diambil mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Bertarikh 24 Oktober 2025
Dated 24 October 2025
[JMM/BFB(S)600-1/8/1; PUNM.700-02/37 Jilid 4]

DATUK SERI UTAMA AB RAUF BIN YUSOH
Pengerusi/Chairman
Majlis Agama Islam
Melaka

Fail Fatwa

Larangan-Penggunaan-Kalimah-Allah-Kepada-Orang-Bukan-Islam-2025.pdf
โ† Kembali ke Aqidah Semua Warta Fatwa โ†’