11 Rabiulawal 1448 H | Isnin, 24 Ogos 2026
Jabatan Mufti Negeri Melaka
Home / Gazetted Fatwa / Aqidah / Larangan Pegangan Akidah Selain ASWJ Aliran al-Asyairah dan…

Larangan Pegangan Akidah Selain ASWJ Aliran al-Asyairah dan al-Maturidiyah

Larangan-Pegangan-Akidah-Selain-ASWJ-Aliran-al-Asyairah-dan-al-Maturidiyah Β· 12 September 2024

Jata Negeri Melaka

NEGERI MELAKA

Warta Kerajaan
DITERBITKAN DENGAN KUASA

GOVERNMENT OF MALACCA GAZETTE
PUBLISHED BY AUTHORITY

Jil. 68
No. 37

12hb September 2024

TAMBAHAN No. 21
PERUNDANGAN

ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM
(NEGERI MELAKA) 2002
ADMINISTRATION OF THE RELIGION OF ISLAM
(STATE OF MALACCA) ENACTMENT 2002

M. P.U. 23.

FATWA DI BAWAH SEKSYEN 36
FATWA UNDER SECTION 36

Fatwa yang dinyatakan dalam Jadual telah disediakan oleh Jawatankuasa Fatwa di bawah seksyen 35 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002 [Enactment 7 tahun 2002] dan telah dikemukakan kepada Majlis oleh Mufti, bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Fatwa, menurut subseksyen 36(3), dan telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong di bawah subseksyen 36(4) bagi penyiaran fatwa itu dalam Warta dan telah dimaklumkan kepada Kerajaan Negeri menurut subseksyen 36(6) fatwa itu adalah disiarkan dalam Warta di bawah subseksyen itu.

The Fatwa set out in the Schedule was prepared by the Fatwa Committee under section 35 of the Administration of the Religion of Islam (State of Malacca) Enactment 2002 [Enactment 7 of 2002] and has been submitted to the Majlis by the Mufti, on behalf and in the name of the Fatwa Committee, pursuant to subsection 36(3), and the Yang di-Pertuan Agong has given his assent under subsection 36(4) for the publication of the fatwa in the Gazette and the State Government has been informed of the fatwa pursuant to subsection 36(6) and the fatwa is published the Gazette under that subsection.

JADUAL/SCHEDULE

  1. Mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan melalui pertubuhan atau persatuan sama ada berdaftar atau tidak berdaftar adalah dicegah, dan dilarang mempertikaikan amalan, dan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah aliran al-Asyairah dan al-Maturidiyah.
  2. Mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan melalui pertubuhan atau persatuan adalah dicegah, dan dilarang menyebarkan amalan, dan akidah yang berlawan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah aliran al-Asyairah dan al-Maturidiyah.
  3. Mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan melalui pertubuhan atau persatuan sama ada berdaftar atau tidak berdaftar yang menjadi ahli jamaah atau pengikut amalan dan akidah yang bercanggah dengan Mazhab Syafie, dan Ahli Sunnah Wal Jamaah aliran al-Asyairah dan al-Maturidiyah dengan berselindung di sebalik apa-apa aktiviti ekonomi, sosial, politik dan sebagainya yang mempunyai unsur persamaan dengan amalan dan akidah yang bercanggah dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan, dan fahaman yang berlawan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah aliran al-Asyairah dan al-Maturidiyah.
  4. Mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan melalui pertubuhan atau persatuan sama ada berdaftar atau tidak berdaftar yang cuba menyebarkan aliran selain daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah sama ada melalui apa-apa medium, atau mana-mana pertubuhan atau persatuan yang mempunyai unsur persamaan dengan amalan, dan akidah yang bercanggah dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan, dan fahaman yang bercanggah dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah aliran al-Asyairah dan al-Maturidiyah.
  5. Apa-apa variasi, versi, bentuk atau cabang mana-mana amalan, dan akidah atau apa-apa ajaran, pegangan atau fahaman baharu yang mempunyai persamaan dengan unsur amalan, dan akidah yang bercanggah dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah aliran al-Asyairah dan al-Maturidiyah adalah disifatkan menyeleweng, dan bertentangan dengan ajaran Islam.
  6. Mana-mana orang Islam adalah dicegah, dan dilarang dari menyebar, memiliki, menghebah, menerbit, mendengar atau mencetak apa-apa jua bahan publisiti atau sebaran yang menonjolkan amalan, dan akidah yang bercanggah dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah aliran al-Asyairah dan al-Maturidiyah atau apa-apa ajaran, pegangan atau fahaman baharu yang mempunyai persamaan dengan unsur amalan, dan akidah yang bercanggah dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
  7. Mana-mana orang Islam yang melakukan mana-mana perkara yang tertera di atas adalah melakukan suatu kesalahan, dan boleh diambil tindakan di bawah mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa di negeri Melaka.

Bertarikh 27 Ogos 2024
Dated 27 August 2024
[JMM/BFB600-1/8/2 JLD 3;PUNM.700-02/37 Jilid 4]

DATUK SERI UTAMA AB RAUF BIN YUSOH
Pengerusi/Chairman
Majlis Agama Islam
Melaka

Fatwa Files

Larangan-Pegangan-Akidah-Selain-ASWJ-Aliran-al-Asyairah-dan-al-Maturidiyah.pdf
← Kembali ke Aqidah All Gazetted Fatwa β†’