11 Rabiulawal 1448 H | Isnin, 24 Ogos 2026
Soalan Lazim Peta Laman Maklum Balas |
| |
Jabatan Mufti Negeri Melaka
Utama / Warta Fatwa / Syariah / Larangan Merayakan Atau Meraikan Valentines Day (Hari Kekas…

Larangan Merayakan Atau Meraikan Valentines Day (Hari Kekasih)

FATWA38-ValentinesDay Β· 26 September 2013

Jata Negeri Melaka

NEGERI MELAKA

Warta Kerajaan
DITERBITKAN DENGAN KUASA

GOVERNMENT OF MALACCA GAZETTE
PUBLISHED BY AUTHORITY

Jil. 57
No. 20

26hb September 2013

TAMBAHAN No. 11
PERUNDANGAN

ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI MELAKA) 2002

M. P.U. 17.

FATWA DI BAWAH SEKSYEN 36

FATWA yang dinyatakan dalam Jadual telah disediakan oleh Jawatankuasa Fatwa di bawah seksyen 35 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002 [En. No. 7 tahun 2002] dan telah dikemukakan kepada Majlis oleh Mufti, bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Fatwa, menurut subseksyen 36(3), dan telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong di bawah subseksyen 36(4) bagi penyiaran fatwa itu dalam Warta dan telah dimaklumkan kepada Kerajaan Negeri menurut subseksyen 36(6) fatwa itu adalah disiarkan dalam Warta di bawah subseksyen itu.

JADUAL

  1. Amalan merayakan atau meraikan Valentine’s Day (Hari Kekasih) tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat sama ada dari segi aqidah, syariah dan akhlak Islamiah adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam;
  2. Oleh itu umat Islam adalah DILARANG daripada melibatkan diri di dalam meraikan hari tersebut.

Bertarikh 27 Ogos 2013
[JMM/BFB(S)/351/255/01/14; PUNM. 700-02/37 Jld. 3]

DATUK SERI IR. HJ. IDRIS BIN HJ. HARON
Pengerusi/Chairman
Majlis Agama Islam Melaka

Fail Fatwa

FATWA38-ValentinesDay.pdf
← Kembali ke Syariah Semua Warta Fatwa β†’