NEGERI MELAKA
Warta Kerajaan
DITERBITKAN DENGAN KUASA
GOVERNMENT OF MALACCA GAZETTE
PUBLISHED BY AUTHORITY
Jil. 51
No. 16
2hb Ogos 2007
TAMBAHAN No. 6
PERUNDANGAN
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM
(NEGERI MELAKA) 2002
ADMINISTRATION OF THE RELIGION OF ISLAM
(STATE OF MALACCA) ENACTMENT 2002
M. P. U. 9.
FATWA DI BAWAH SEKSYEN 36
FATWA UNDER SECTION 36
Fatwa yang dinyatakan dalam Jadual telah disediakan oleh Jawatankuasa Fatwa di bawah seksyen 35 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002 [En. No. 7 tahun 2002] dan telah dikemukakan kepada Majlis oleh Mufti, bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Fatwa, menurut subseksyen 36(3), dan telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong di bawah subseksyen 36(4) bagi penyiaran fatwa itu dalam Warta dan telah dimaklumkan kepada Kerajaan Negeri menurut subseksyen 36(6) fatwa itu adalah disiarkan dalam Warta di bawah subseksyen itu.
The Fatwa set out in the Schedule was prepared by the Fatwa Committee under section 35 of the Administration of the Religion of Islam (State of Malacca) Enactment 2002 [En. No. 7 of 2002] and has been submitted to the Majlis by the Mufti, on behalf and in the name of the Fatwa Committee, pursuant to
- Ashaari bin Muhammad dan pengikutnya termasuk individu yang terlibat secara langsung dalam Syarikat Rufaqa' Corporation Sdn. Bhd. (SRC) dan rangkaian syarikat gabungannya adalah menyeleweng daripada ajaran Islam.
- Ciri-ciri penyelewengan tersebut adalah seperti berikut:
- Kesalahan yang bercanggah dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah, berdasarkan kepercayaan bahawa:
- (i) Haji Ashaari bin Muhammad adalah Sahibul Zaman (Mujaddid), manakala Syeikh Muhammad al-Suhaimi pula sebagai Imam Mahdi;
- (ii) Haji Ashaari bin Muhammad mempunyai kelebihan meramal dan mengetahui perkara yang akan berlaku pada masa hadapan;
- (iii) Haji Ashaari bin Muhammad mendapat ilmu secara langsung daripada Syeikh Muhammad al-Suhaimi dan Rasulullah sallallahu 'alayhi wasallam;
- (iv) Mujaddid atau Sahibul Zaman (Haji Ashaari bin Muhammad) mendapat ilmu terus daripada Allah (ilham, ilmu ladunni atau kasyaf) yang meliputi soal agama, dunia, hal ehwal semasa, pemerintahan, bina insan dan lain-lain;
- (v) Sesiapa yang banyak menghayati minda Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) dan dapat pula melaksanakannya adalah orang yang paling kuat hubungan mental dengan Abuya;
- (vi) Minda Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) itu sebenarnya adalah wahyu daripada Tuhan yang merupakan 1/46 daripada kenabian;
- (vii) Allah hendak mengangkat kembali Islam di akhir zaman dengan menghantar Haji Ashaari bin Muhammad sebagai Sahibul Zaman dan Syeikh Muhammad al-Suhaimi sebagai Imam Mahdi;
- (viii) Minda Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) difahami sebagai intisari Qur'an dan hadith, dan Abuya adalah orang Tuhan yang berupaya menyampaikan intisari tersebut kepada pengikutnya untuk diamalkan;
- (ix) Perjuangan Haji Ashaari bin Muhammad dan pengikutnya dibantu dan dilindungi oleh para Rijal Ghaib yang terdiri daripada para malaikat, jin Islam dan roh-roh muqaddas (roh suci para ahli jemaah yang telah meninggal dunia);
- Abuya kekal sehingga ke akhirat;
- (xii) Allah akan memberitahu Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) tentang musibah sakit yang dialami oleh pengikutnya dan Abuya boleh meminta agar Allah meringankan derita pada kadar yang mampu ditanggung oleh pengikutnya;
- (xiii) Haji Ashaari bin Muhammad mempunyai kelebihan untuk menangguhkan ajal jika pengikutnya yang sampai ajal itu masih banyak dosa;
- (xiv) Haji Ashaari bin Muhammad boleh meminta Allah menggantikan ajal kepada pengikut lain yang telah sempurna iman dan taqwa;
- (xv) Sewaktu pengikutnya sedang nazak, Haji Ashaari bin Muhammad akan hadir dan berada di sebelah kanan kepala pengikutnya itu sambil mengajarkan talqin agar syaitan tidak akan menyesatkan pengikut berkenaan;
- (xvi) Sewaktu pengikutnya sedang disoal oleh malaikat di alam kubur, Haji Ashaari bin Muhammad akan datang menemani dan menjawab soalan malaikat bagi pihak pengikutnya bagi melepaskannya daripada seksaan kubur; atau
- (xvii) Haji Ashaari bin Muhammad akan menunggu-nunggu untuk memberikan syafa'at kepada para pengikutnya di padang mahsyar.
- Kesalahan yang bercanggah dengan Syari'ah Islamiyyah, berdasarkan kepercayaan bahawa:
- (i) Ibadat sembahyang Jumaat adalah tidak wajib kerana kerajaan yang ada sekarang bukan kerajaan Imam Mahdi;
- (ii) Sahibul Zaman (Haji Ashaari bin Muhammad) tidak memerlukan kitab dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ilmunya datang terus daripada Allah dalam bentuk ilham;
- (iii) Pengikut yang berjuang dengan mempunyai minda Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) adalah lebih tinggi pahala dan darjatnya jika dibandingkan dengan mereka yang tidak mempunyai minda Abuya dalam perjuangan;
- (iv) Seorang ahli ibadah ('abid) hanya mampu menjadi hamba biasa dan tidak boleh menjadi khalifah kerana tidak mempunyai minda setaraf dengan wahyu Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad);
- (v) Seorang ahli ibadah ('abid) yang berjaya menjadi pengikut Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) walaupun seseorang itu bersembahyang, berpuasa dan berpuluh kali menunaikan ibadat haji;
- (viii) Pahala duduk semajlis dengan Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) adalah lebih tinggi daripada mengerjakan sembahyang selama 40 tahun atau sembahyang tahajjud sepanjang hayat;
- (ix) Pengikut yang beramal dengan Aurad Muhammadiah sebagai satu cara menjaga hubungan hati atau rohani dengan Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) akan sentiasa dipantau dan dibimbing secara rohaniah oleh Haji Ashaari bin Muhammad;
- (x) Amalan Aurad Muhammadiah akan terbatal jika pengikut itu melakukan dosa besar, tidak mengamalkannya tujuh hari berturut-turut, tidak taat dan yakin serta mengabaikan Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad); atau
- (xi) Amalan Aurad Muhammadiah yang mengandungi unsur tawassul, menyeru roh orang yang telah mati serta dakwaan bahawa Syeikh Muhammad bin Abdullah al-Suhaimi sebagai Imam Mahdi adalah zikir agung (الذكر الاعظم).
- Kesalahan yang bercanggah dengan akhlak dan etika bermasyarakat, berdasarkan kepercayaan bahawa:
- (i) Ulama yang ada sekarang adalah ulama kitab atau ulama hafazan yang bergantung kepada kitab dan hafalan untuk mengajar. Sebaliknya Sahibul Zaman (Haji Ashaari bin Muhammad) mendapat ilmu terus daripada Tuhan;
- (ii) Orang yang menuntut ilmu agama sehingga ke peringkat Ph.D adalah tidak bermanfaat kerana ilmu yang dituntut itu bersumberkan kitab lama dan ketinggalan zaman;
- (iii) Ilmu ulama sekarang tidak setanding dengan ilmu orang Tuhan (Haji Ashaari bin Muhammad); atau
- (iv) Allah melarang ulama yang berwatak Nabi berjuang melainkan setelah munculnya mujaddid yang berwatak Rasul.
- Kesalahan yang bercanggah dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah, berdasarkan kepercayaan bahawa:
- Oleh yang demikian—
- mana-mana orang hendaklah menjauhi ajaran, pegangan dan fahaman sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 2(a), (b) dan (c);
- mana-mana orang tidak boleh menyebar, mengedar atau menerbitkan apa-apa buku, majalah, risalah atau apa-apa bahan bacaan lain sama ada dicetak, ditaip, ditulis tangan atau dikeluarkan dengan apa-apa
Bertarikh 28 Jun 2007
Dated 28 June 2007
[JMM/BFB/35/1/255/01(29); PUN(M)353/02/3(19)]