11 Rabiulawal 1448 H | Isnin, 24 Ogos 2026
Jabatan Mufti Negeri Melaka
Home / Gazetted Fatwa / Aqidah / Larangan Melukis, Melakar, Mengukir, Mengilustrasi Gambar P…

Larangan Melukis, Melakar, Mengukir, Mengilustrasi Gambar Para Malaikat, Para Nabi, Rasulullah, Ahli Keluarga dan Para Sahabat Baginda

FATWA17-Larangan-Melukis-Gambar-Rasulullah Β· 6 January 2011

Jata Negeri Melaka

NEGERI MELAKA

Warta Kerajaan
DITERBITKAN DENGAN KUASA

GOVERNMENT OF MALACCA GAZETTE
PUBLISHED BY AUTHORITY

Jil. 55
No. 1

6hb Januari 2011

TAMBAHAN No. 1
PERUNDANGAN

ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI MELAKA) 2002

M. P.U. 2.

FATWA DI BAWAH SEKSYEN 36

FATWA yang dinyatakan dalam Jadual telah disediakan oleh Jawatankuasa Fatwa di bawah seksyen 35 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002 [En. No. 7 tahun 2002] dan telah dikemukakan kepada Majlis oleh Mufti, bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Fatwa, menurut subseksyen 36(3), dan telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong di bawah subseksyen 36(4) bagi penyiaran fatwa itu dalam Warta dan telah dimaklumkan kepada Kerajaan Negeri menurut subseksyen 36(6) fatwa itu adalah disiarkan dalam Warta di bawah subseksyen itu.

JADUAL

    1. Perbuatan melukis, melakar, mengukir, mengilustrasi atau memvisualisasikan gambar para malaikat, Nabi-Nabi terdahulu, Rasulullah Sallallahu β€˜alaihi wasallam dan ahli keluarga serta para Sahabat Baginda Sallallahu β€˜alaihi wasallam yang utama atau melakonkan watak-watak mereka dalam apa juga bentuk adalah haram; dan
    2. Orang Islam adalah dilarang mencetak, menjual, mengedar, membeli atau memiliki perkara-perkara yang tersebut dalam perenggan (a) dalam apa jua bentuk.

Bertarikh 18 Mei 2010
[JMM/BFB(S)/351/255//01/08; PUNM. 700-02/40]

DATUK SERI HAJI MOHD ALI BIN MOHD RUSTAM
Pengerusi/Chairman, Majlis Agama Islam Melaka

Fatwa Files

FATWA17-Larangan-Melukis-Gambar-Rasulullah.pdf
← Kembali ke Aqidah All Gazetted Fatwa β†’