11 Rabiulawal 1448 H | Isnin, 24 Ogos 2026
Jabatan Mufti Negeri Melaka
Home / Gazetted Fatwa / Syariah / Larangan Melantik Orang Bukan Islam Sebagai Peguam Syarie

Larangan Melantik Orang Bukan Islam Sebagai Peguam Syarie

FATWA35-PelantikanOrangBukanIslamSebagaiPeguamSyarie Β· 29 September 2011

Jata Negeri Melaka

NEGERI MELAKA

Warta Kerajaan
DITERBITKAN DENGAN KUASA

GOVERNMENT OF MALACCA GAZETTE
PUBLISHED BY AUTHORITY

Jil. 55
No. 20

29hb September 2011

TAMBAHAN No. 11
PERUNDANGAN

ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI MELAKA) 2002

M. P.U. 729.

FATWA DI BAWAH SEKSYEN 36

FATWA yang dinyatakan dalam Jadual telah disediakan oleh Jawatankuasa Fatwa di bawah seksyen 35 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002 [En. No. 7 tahun 2002] dan telah dikemukakan kepada Majlis oleh Mufti, bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Fatwa, menurut subseksyen 36(3), dan telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong di bawah subseksyen 36(4) bagi penyiaran fatwa itu dalam Warta dan telah dimaklumkan kepada Kerajaan Negeri menurut subseksyen 36(6) fatwa itu adalah disiarkan dalam Warta di bawah subseksyen itu.

JADUAL

  1. Hukum melantik orang bukan Islam sebagai Peguam Syarie adalah haram. Keputusan ini dibuat bersandarkan kepada dalil-dalil daripada nas-al-Quran dan Hadith, Kaedah Fiqhiyyah, Maslahah dan Siasah Syar’iyyah.

Bertarikh 9 Jun 2011
Dated 9 Jun 2011
[JMM/BFB(S)/351/255/08/01; PUNM. 700-02/37 JILID 2]

DATUK SERI HAJI MOHD ALI BIN MOHD RUSTAM
Pengerusi/Chairman,
Majlis Agama Islam Melaka

Fatwa Files

FATWA35-PelantikanOrangBukanIslamSebagaiPeguamSyarie.pdf
← Kembali ke Syariah All Gazetted Fatwa β†’