NEGERI MELAKA
Warta Kerajaan
DITERBITKAN DENGAN KUASA
GOVERNMENT OF MALACCA GAZETTE
PUBLISHED BY AUTHORITY
Jil. 67
No. 8
23hb Februari 2023
TAMBAHAN No. 4
PERUNDANGAN
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM
(NEGERI MELAKA) 2002
ADMINISTRATION OF THE RELIGION OF ISLAM
(STATE OF MALACCA) ENACTMENT 2002
M. P.U. 5.
FATWA DI BAWAH SEKSYEN 36
FATWA UNDER SECTION 36
FATWA yang dinyatakan dalam Jadual telah disediakan oleh Jawatankuasa Fatwa di bawah seksyen 35 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002 [En. No. 7 tahun 2002] dan telah dikemukakan kepada Majlis oleh Mufti, bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Fatwa, menurut subseksyen 36(3), dan telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong di bawah subseksyen 36(4) bagi penyiaran fatwa itu dalam Warta dan telah dimaklumkan kepada Kerajaan Negeri menurut subseksyen 36(6) fatwa itu adalah disiarkan dalam Warta di bawah subseksyen itu.
THE FATWA set out in the Schedule was prepared by the Fatwa Committee under section 35 of the Administration of the Religion of Islam (State of Malacca) Enactment 2002 [En. No. 7 of 2002] and has been submitted to the Majlis by the Mufti, on behalf and in the name of the Fatwa Committee, pursuant to subsection 36(3), and the Yang di-Pertuan Agong has given his assent under subsection 36(4) for the publication of the fatwa in the Gazette and the State Government has been informed of the fatwa pursuant to subsection 36(6) and the fatwa is published the Gazette under that subsection.
JADUAL/SCHEDULE
- Mengambil maklum perubahan nilai Kriteria Imkanur Rukyah yang baharu iaitu ketika matahari terbenam ketinggian bulan tidak kurang dari 3ยฐ dan jarak lengkung Bulan ke Matahari (elongasi) tidak kurang dari 6.4ยฐ; dan
- Pelaksanaan bermula pada tahun 2021 (1443H) selaras dengan keputusan Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan (SOM) Pertemuan Tahunan Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama; Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura (MABIMS) kali ke 44.
Bertarikh 1 Februari 2023
Dated 1 February 2023
[JMM/BFB(S) 600-1/8/8; PUNM. 700-02/37 Jilid 4]