11 Rabiulawal 1448 H | Isnin, 24 Ogos 2026
Soalan Lazim Peta Laman Maklum Balas |
| |
Jabatan Mufti Negeri Melaka
Utama / Warta Fatwa / Syariah / Kewajipan Membayar Zakat Pendapatan

Kewajipan Membayar Zakat Pendapatan

FATWA23-KewajipanMembayarZakatPendapatan Β· 25 May 2000

Jata Negeri Melaka

NEGERI MELAKA

Warta Kerajaan
DITERBITKAN DENGAN KUASA

GOVERNMENT OF MALACCA GAZETTE
PUBLISHED BY AUTHORITY

Jil. 44
No. 11

25hb Mei 2000

TAMBAHAN No. 6
PERUNDANGAN

M. P.U. 14.

FATWA DI BAWAH SEKSYEN 30

PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 30 Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak Negeri Melaka 1991 dan setelah diluluskan dengan sebulat suara oleh Jawatankuasa Syariah menurut seksyen 33(6), Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak Negeri Melaka 1991, maka Mufti Kerajaan Negeri Melaka dengan ini membuat dan mengeluarkan bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Syariah, fatwa yang berikut:

  1. β€˜Zakat ke atas pendapatan bagi penggajian adalah wajib dikeluarkan oleh setiap orang Islam yang layak bagi seluruh Negeri Melaka’.

Bertarikh 22 Mei 2000.
[PMM/0020 Klt. 2; PUN(M) 351/27]

DATUK HJ. RASHID REDZA BIN HJ. MD. SALEH
Pengerusi
Jawatankuasa Syariah Negeri Melaka

Fail Fatwa

FATWA23-KewajipanMembayarZakatPendapatan.pdf
← Kembali ke Syariah Semua Warta Fatwa β†’