11 Rabiulawal 1448 H | Isnin, 24 Ogos 2026
Jabatan Mufti Negeri Melaka
Home / Gazetted Fatwa / Aqidah / Kewajipan Berpegang Dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Penghara…

Kewajipan Berpegang Dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Pengharaman Ajaran Syi'ah)

FATWA4-Kewajipan-Berpegang-Dengan-Ahli-Sunnah-Wal-Jamaah Β· 24 July 1997

Jata Negeri Melaka

NEGERI MELAKA

Warta Kerajaan
DITERBITKAN DENGAN KUASA

GOVERNMENT OF MALACCA GAZETTE
PUBLISHED BY AUTHORITY

Jil. 41
No. 15

24hb Julai 1997

TAMBAHAN No. 4
PERUNDANGAN

ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARAK (MELAKA) 1991

M. P.U. 5.

PEMBERITAHU FATWA

Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 30 Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Melaka) 1991 dan setelah diluluskan dengan sebulat suara oleh Jawatankuasa Syariah Enakmen 5/91 menurut seksyen 33(6), Enakmen Pentadbiran, Hukum Syarak (Melaka) 1991, maka Mufti Kerajaan Melaka dengan ini membuat dan mengeluarkan, bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Syariah, fatwa berikut:

  1. Adalah ditetapkan bahawa umat Islam di Negeri Melaka hendaklah mengikut Undang-Undang Islam dan ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi Aqidah, Syariah dan Akhlak;
  2. Adalah diperakukan bahawa ajaran Islam selain pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah bercanggah dengan Hukum Syarak dan dengan yang demikian penyebaran apa-apa ajaran lain selain pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah dilarang;
  3. Adalah ditetapkan bahawa penerbitan, penyiaran dan penyebaran apa-apa buku, risalah, filem, video dan sebagainya dalam dan dengan apa-apa cara yang lain yang berkaitan dengan ajaran yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah diharamkan.

Bertarikh 16 Julai 1997.
[PUN (M) 351/27; PMM/0020 Klt. 2 (122).]

HJ. RASHID REDZA BIN HJ. MD. SALEH
Mufti Negeri Melaka
Pengerusi, Jawatankuasa Syariah

Fatwa Files

FATWA4-Kewajipan-Berpegang-Dengan-Ahli-Sunnah-Wal-Jamaah.pdf
← Kembali ke Aqidah All Gazetted Fatwa β†’