NEGERI MELAKA
Warta Kerajaan
DITERBITKAN DENGAN KUASA
GOVERNMENT OF MALACCA GAZETTE
PUBLISHED BY AUTHORITY
Jil. 54
No. 11
27hb Mei 2010
TAMBAHAN No. 7
PERUNDANGAN
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI MELAKA) 2002
M. P.U. 12.
FATWA DI BAWAH SEKSYEN 36
FATWA yang dinyatakan dalam Jadual telah disediakan oleh Jawatankuasa Fatwa di bawah seksyen 35 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002 [En. No. 7 tahun 2002] dan telah dikemukakan kepada Majlis oleh Mufti, bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Fatwa, menurut subseksyen 36(3), dan telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong di bawah subseksyen 36(4) bagi penyiaran fatwa itu dalam Warta dan telah dimaklumkan kepada Kerajaan Negeri menurut subseksyen 36(6) fatwa itu adalah disiarkan dalam Warta di bawah subseksyen itu.
JADUAL
- Penggunaan wang dan harta Baitulmal perlu diberi keutamaan untuk hal-hal yang berkaitan dengan urusan dan kemaslahatan umat Islam. Walau bagaimanapun, pemerintah diharuskan menggunakan wang Baitulmal untuk memberi bantuan kepada golongan bukan Islam berdasarkan siyasah dan keperluan secara hikmah bagi tujuan dakwah, tertakluk kepada kemampuan kewangan Baitulmal Majlis Agama Islam Melaka.
Bertarikh 27 April 2010
[JMM/BFB(S)/351/255//03/03; PUNM. 700-02/37]
DATUK SERI HAJI MOHD ALI BIN MOHD RUSTAM
Pengerusi/Chairman,
Majlis Agama Islam Melaka