29 Safar 1448 H | Rabu, 12 Ogos 2026
Soalan Lazim Peta Laman Maklum Balas |
| |
Jabatan Mufti Negeri Melaka
Utama / Warta Fatwa / Syariah / Keharusan Membayar Zakat Harta Melalui Kad Bank Islam Dan Kโ€ฆ

Keharusan Membayar Zakat Harta Melalui Kad Bank Islam Dan Kewajipan Qadha Zakat

FATWA26-PembayaranZakatKadBankIslamDanQadhaZakat ยท 19 November 2009

Jata Negeri Melaka

NEGERI MELAKA

Warta Kerajaan
DITERBITKAN DENGAN KUASA

GOVERNMENT OF MALACCA GAZETTE
PUBLISHED BY AUTHORITY

Jil. 53
No. 24

19hb November 2009

TAMBAHAN No. 11
PERUNDANGAN

ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI MELAKA) 2002

M. P.U. 15.

FATWA DI BAWAH SEKSYEN 36

FATWA yang dinyatakan dalam Jadual telah disediakan oleh Jawatankuasa Fatwa di bawah seksyen 35 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002 [En. No. 7 tahun 2002] dan telah dikemukakan kepada Majlis oleh Mufti, bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Fatwa, menurut subseksyen 36(3), dan telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong di bawah subseksyen 36(4) bagi penyiaran fatwa itu dalam Warta dan telah dimaklumkan kepada Kerajaan Negeri menurut subseksyen 36(6) fatwa itu adalah disiarkan dalam Warta di bawah subseksyen itu.

JADUAL

  1. Harus membayar zakat dengan menggunakan kad kredit/kad Bank Islam sebagai kemudahan kepada umat Islam di Negeri Melaka untuk melunaskan kewajipan tersebut. Namun demikian, keharusan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut -
    1. keseluruhan kos yang terlibat dalam urusan tersebut termasuk pembangunan sistem, penyediaan perkhidmatan penyelenggaraan, caj transaksi dan sebagainya hendaklah ditanggung oleh Pusat Zakat Melaka dan bukan pihak pembayar zakat; dan
    2. Kaedah pembayaran tersebut hanya sebagai suatu pilihan atau alternatif kepada pembayar zakat yang berminat dan bukan suatu kemestian.
  2. Qadhaโ€™ zakat adalah wajib dilakukan bagi zakat yang telah memenuhi syarat wajib yang tidak ditunaikan pada masa yang sepatutnya.

Bertarikh 6 November 2009
[JMM/BFB(S)/351/255/02/03; PUNM. 700-02/37]

DATUK SERI HAJI MOHD ALI BIN MOHD RUSTAM
Pengarah/Chairman,
Majlis Agama Islam Melaka

Fail Fatwa

FATWA26-PembayaranZakatKadBankIslamDanQadhaZakat.pdf
โ† Kembali ke Syariah Semua Warta Fatwa โ†’