11 Rabiulawal 1448 H | Isnin, 24 Ogos 2026
Jabatan Mufti Negeri Melaka
Home / Gazetted Fatwa / Syariah / Keharusan Membayar Zakat Fitrah Melalui SMS yang dikendalik…

Keharusan Membayar Zakat Fitrah Melalui SMS yang dikendalikan Oleh Syarikat Yang Dilantik Oleh Majlis

FATWA36-PembayaranZakatFitrahMelaluiSMS Β· 29 September 2011

Jata Negeri Melaka

NEGERI MELAKA

Warta Kerajaan
DITERBITKAN DENGAN KUASA

GOVERNMENT OF MALACCA GAZETTE
PUBLISHED BY AUTHORITY

Jil. 55
No. 20

29hb September 2011

TAMBAHAN No. 1
PERUNDANGAN

M. P.U. 2.

ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI MELAKA) 2002

FATWA DI BAWAH SEKSYEN 36

FATWA yang dinyatakan dalam Jadual telah disediakan oleh Jawatankuasa Fatwa di bawah seksyen 35 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002 [En. No. 7 tahun 2002] dan telah dikemukakan kepada Majlis oleh Mufti, bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Fatwa, menurut subseksyen 36(3), dan telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong di bawah subseksyen 36(4) bagi penyiaran fatwa itu dalam Warta dan telah dimaklumkan kepada Kerajaan Negeri menurut subseksyen 36(6) fatwa itu adalah disiarkan dalam Warta di bawah subseksyen itu.

JADUAL

  1. "Pembayaran zakat fitrah melalui khidmat Sistem Pesanan Ringkas (SMS) adalah harus dengan syarat pihak yang menyediakan perkhidmatan tersebut hendaklah dilantik oleh Majlis Agama Islam Melaka (Majlis) sebagai agen yang hanya akan membuat pungutan zakat fitrah melalui kaedah SMS di Negeri Melaka bagi suatu tempoh yang dibenarkan oleh Majlis Agama Islam Melaka".

Bertarikh 9 Jun 2011
[JMM/BFB(S)/351/255/02/04; PUNM. 700-02/37 JILID 2]

DATUK SERI HAJI MOHD ALI BIN MOHD RUSTAM
Pengerusi/Chairman,
Majlis Agama Islam Melaka

Fatwa Files

FATWA36-PembayaranZakatFitrahMelaluiSMS.pdf
← Kembali ke Syariah All Gazetted Fatwa β†’