11 Rabiulawal 1448 H | Isnin, 24 Ogos 2026
Soalan Lazim Peta Laman Maklum Balas |
| |
Jabatan Mufti Negeri Melaka
Utama / Warta Fatwa / Syariah / Kaedah Pengurusan Lebihan Agihan Zakat

Kaedah Pengurusan Lebihan Agihan Zakat

FATWA30-KaedahPengurusanLebihanAgihanZakat ยท 19 November 2009

Jata Negeri Melaka

NEGERI MELAKA

Warta Kerajaan
DITERBITKAN DENGAN KUASA

GOVERNMENT OF MALACCA GAZETTE
PUBLISHED BY AUTHORITY

Jil. 53
No. 24

19hb November 2009

TAMBAHAN No. 11
PERUNDANGAN

ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI MELAKA) 2002

M.P.U. 19.

FATWA DI BAWAH SEKSYEN 36

FATWA yang dinyatakan dalam Jadual telah disediakan oleh Jawatankuasa Fatwa di bawah seksyen 35 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002 [En. No. 7 tahun 2002] dan telah dikemukakan kepada Majlis oleh Mufti, bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Fatwa, menurut subseksyen 36(3), dan telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong di bawah subseksyen 36(4) bagi penyiaran fatwa itu dalam Warta dan telah dimaklumkan kepada Kerajaan Negeri menurut subseksyen 36(6) fatwa itu adalah disiarkan dalam Warta di bawah subseksyen itu.

JADUAL

  1. Menetapkan bahawa kaedah pengurusan lebihan agihan zakat daripada kutipan zakat bagi tahun semasa di Negeri Melaka adalah seperti berikut -
    1. lebihan agihan zakat daripada mana-mana bahagian asnaf bagi tahun semasa hendaklah dipindahkan kepada bahagian asnaf lain yang ada penerimanya dalam tahun semasa tersebut;
    2. sekiranya masih berbaki, lebihan agihan zakat daripada jumlah kutipan zakat bagi tahun semasa hendaklah dicampurkan dengan anggaran hasil kutipan zakat pada tahun berikutnya mengikut bahagian asnaf yang telah ditentukan; dan
    3. lebihan agihan zakat tersebut hendaklah disimpan di dalam kumpulan wang lebihan zakat.
  2. Penggunaan dan perbelanjaan lebihan agihan zakat tersebut adalah hanya untuk lapan asnaf yang layak menerima zakat pada tahun yang berikutnya dengan menaikkan kadar bantuan agihan kepada setiap asnaf bagi tahun tersebut.

Bertarikh 6 November 2009
[JMM/BFB(S)/351/255/02/06; PUNM. 700-02/37]

DATUK SERI HAJI MOHD ALI BIN MOHD RUSTAM
Pengarah/Chairman,
Majlis Agama Islam Melaka

Fail Fatwa

FATWA30-KaedahPengurusanLebihanAgihanZakat.pdf
โ† Kembali ke Syariah Semua Warta Fatwa โ†’