NEGERI MELAKA
Warta Kerajaan
DITERBITKAN DENGAN KUASA
GOVERNMENT OF MALACCA GAZETTE
PUBLISHED BY AUTHORITY
Jil. 45
No. 19
13hb September 2001
TAMBAHAN No. 10
PERUNDANGAN
ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARAK (NEGERI MELAKA) 1991
M. P.U. 13.
FATWA DI BAWAH SEKSYEN 30
FATWA yang dinyatakan dalam Jadual telah dibuat oleh Mufti bagi Negeri Melaka menurut subseksyen 30(1) Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Melaka) 1991 [Enakmen No. 5 tahun 1991], selepas dipertimbangkan dan diluluskan dengan sebulat suara oleh Jawatankuasa Syariah menurut subseksyen 33(6) Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Melaka) 1991, dan disiarkan menurut subseksyen 30(1) Enakmen itu.
JADUAL
- Tiada halangan untuk menggunakan perkataan Islam oleh mana-mana pertubuhan, malahan digalakkan tetapi hendaklah berdisiplinkan ilmu, iman dan ehsan. Walau bagaimanapun mana-mana orang atau pertubuhan yang menggunakan Islam atau perkataan Islam untuk tujuan mengelirukan masyarakat atau penyelewengan adalah salah dan bercanggah dengan prinsip-prinsip syariat Islam dan boleh diambil tindakan menurut peruntukan undang-undang yang sedia ada.
- Seseorang itu sudah diiktiraf sebagai orang Islam jika menepati rukun Iman dan Islam. Dari itu adalah salah dan tidak berhak bagi mana-mana pihak menambah apa-apa syarat lain bagi menentukan keislaman seseorang itu. Fahaman bahawa perlu ada tambahan syarat-syarat lain, selain menepati rukun Iman dan rukun Islam, seperti pengakuan atau sokongan kepada pihak tertentu sebelum seseorang itu ditentukan keislamannya adalah salah di sisi Islam. Oleh itu sesiapa yang mengamal, mengajar, menyeru atau menyebar dengan apa-apa cara jua pun akan fahaman tersebut adalah melakukan perbuatan yang termasuk dalam perbuatan menyebar ajaran salah atau menyeleweng.
- Ketentuan syurga atau neraka adalah hak mutlak Allah Taβala. Dari itu, dakwaan bahawa pengakuan dan sokongan kepada orang atau pertubuhan tertentu diperlukan sebelum seseorang Islam layak ke syurga atau ke neraka adalah salah menurut ajaran Islam. Oleh itu sesiapa yang mengamal, mengajar, menyeru atau menyebar dengan apa-apa cara jua pun akan fahaman tersebut maka perbuatan sedemikian termasuk dalam perbuatan menyebar ajaran salah atau menyeleweng.
Bertarikh 12 September 2001.
Dated 12 September 2001.
[PMM/0020 Jld. 4(46); PUN(M)351/27]
DATUK HJ. RASHID REDZA BIN HJ. MD. SALEH
Mufti,
Negeri Melaka