11 Rabiulawal 1448 H | Isnin, 24 Ogos 2026
Jabatan Mufti Negeri Melaka
Home / Gazetted Fatwa / Syariah / Fatwa Mengenai Penentuan Anak Tak Sah Taraf Hasil Daripada โ€ฆ

Fatwa Mengenai Penentuan Anak Tak Sah Taraf Hasil Daripada Perbuatan Zina Atau Rogol

FATWA25-AnakTakSahTaraf ยท 27 October 2005

Jata Negeri Melaka

NEGERI MELAKA

Warta Kerajaan
DITERBITKAN DENGAN KUASA

GOVERNMENT OF MALACCA GAZETTE
PUBLISHED BY AUTHORITY

Jil. 49
No. 22

27hb Oktober 2005

TAMBAHAN No. 24
PERUNDANGAN

ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI MELAKA) 2002

M. P.U. 42.

FATWA DI BAWAH SEKSYEN 38

FATWA yang dinyatakan dalam Jadual telah dibuat oleh Mufti bagi Negeri Melaka menurut subseksyen 38(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002 [Enakmen No. 7 tahun 2002] bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Fatwa selepas dipertimbangkan dan diluluskan dengan sebulat suara oleh Jawatankuasa Fatwa dan setelah mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong dan disiarkan menurut subseksyen 38(1) Enakmen itu.

JADUAL

Anak Tak Sah Taraf ialah:-

  1. (i) Anak yang dilahirkan di luar nikah iaitu sama ada hasil daripada zina atau rogol;
  2. (ii) Anak yang dilahirkan kurang 6 bulan 2 lahzah Qamariah dari waktu akad nikah dan dia bukan hasil daripada persetubuhan Syubhah; dan
  3. (iii) Anak yang dilahirkan lebih dari 6 bulan 2 lahzah Qamariah dari waktu akad nikah dan ada bukti dari segi syarak bahawa anak tersebut ialah anak luar nikah melalui iqrar (pengakuan) mereka yang berkenaan (suami dan isteri tersebut atau salah seorang daripadanya), atau 4 orang saksi yang memenuhi syarat-syarat mengikut hukum syarak.

Bertarikh 14 Oktober 2005
Dated 14 October 2005
[PMM/0020 Jld. 6; PUN(M)223/6 Klt. 17]

DATUK WIRA HJ. RASHID REDZA BIN HJ. MD. SALEH
Mufti,
Negeri Melaka

Fatwa Files

FATWA25-AnakTakSahTaraf.pdf
โ† Kembali ke Syariah All Gazetted Fatwa โ†’