29 Safar 1448 H | Rabu, 12 Ogos 2026
Soalan Lazim Peta Laman Maklum Balas |
| |
Jabatan Mufti Negeri Melaka
Utama / Warta Fatwa / Muamalat / Fatwa Mengenai Penafsiran Hukum Syarak ke Atas Wakaf-Wakaf …

Fatwa Mengenai Penafsiran Hukum Syarak ke Atas Wakaf-Wakaf Yang Tidak Jelas Penyerahannya

FATWA40-WakafYangTidakJelasPenyerahannya Β· 2 August 2007

Jata Negeri Melaka

NEGERI MELAKA

Warta Kerajaan
DITERBITKAN DENGAN KUASA

GOVERNMENT OF MALACCA GAZETTE
PUBLISHED BY AUTHORITY

Jil. 51
No. 16

2hb Ogos 2007

TAMBAHAN No. 6
PERUNDANGAN

ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI MELAKA) 2002

M. PU. 8.

FATWA DI BAWAH SEKSYEN 36

FATWA yang dinyatkan dalam Jadual telah disediakan oleh Jawatankuasa Fatwa di bawah seksyen 35 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002 [En. No. 7 tahun 2002] dan telah dikemukakan kepada Majlis oleh Mufti, bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Fatwa, menurut subseksyen 36(3), dan telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong di bawah subseksyen 36(4) bagi penyiaran fatwa itu dalam Warta dan telah dimaklumkan kepada Kerajaan Negeri menurut subseksyen 36(6) fatwa itu adalah disiarkan dalam Warta di bawah subseksyen itu.

JADUAL

  1. Semua masjid, surau, sekolah agama (institusi pengajian agama) dan tanah perkuburan di negeri Melaka adalah wakaf jika telah ditentukan oleh waqif bagi tujuan tersebut untuk dinikmati manfaat dan faedahnya oleh orang ramai.
  2. Sesatu wakaf itu dikira sah menurut hukum syara’ sekiranya telah memenuhi rukun dan syarat yang ditetapkan. 1
  3. Tidak disyaratkan bahawa pihak benefisiari perlu membuktikan sesuatu barang itu telah diwakafkan. Sekiranya waqif telah meninggal dunia dan tiada sebarang dokumen yang membuktikan perwakafan telah dibuat, maka keterangan saksi yang dipercayai boleh diterimapakai untuk mengesahkan wakaf tersebut.
  4. Wakaf secara lisan adalah sah sekiranya waqif dan barang yang diwakafkan itu (mawquf) memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh hukum syara’.
  5. Proses perwakafan tidak mensyaratkan perlu ada saksi untuk mengesahkannya. Oleh itu, dalam kes perwakafan yang tidak dapat dibuktikan, maka keterangan saksi-saksi yang waham, zan atau syak boleh diterimapakai untuk mengesahkan wakaf tersebut.
  6. Sesatu barang itu dikira sebagai mawquf menurut apa yang dilafazkan oleh waqif. Oleh itu, jika waqif menyatakan dalam lafaznya untuk mewakafkan sesebuah masjid, maka hanya bangunan masjid dan tapaknya sahaja dikira sebagai harta wakaf.
  7. Penggunaan sesuatu premis atau harta yang dianggap wakaf oleh penduduk setempat secara turun temurun bagi satu jangka masa yang lama boleh ditafsirkan sebagai wakaf masyarakat Islam walaupun tiada bukti yang jelas secara lisan atau tulisan mengenai kesahihannya. Memadai dengan dakwaan pemimpin dan kebanyakan penduduk setempat yang menyatakan bahawa harta tersebut adalah wakaf.

Bertarikh 28 Jun 2007
[JMM/BFB/351/255/01(30); PUN(M)353/02/3(19)]

DATUK SERI HAJI MOHD ALI BIN MOHD RUSTAM
Pengerusi/Chairman,
Majlis Agama Islam Melaka

Fail Fatwa

FATWA40-WakafYangTidakJelasPenyerahannya.pdf
← Kembali ke Muamalat Semua Warta Fatwa β†’