11 Rabiulawal 1448 H | Isnin, 24 Ogos 2026
Soalan Lazim Peta Laman Maklum Balas |
| |
Jabatan Mufti Negeri Melaka
Utama / Warta Fatwa / Muamalat / Fatwa Mengenai Majlis Agama Islam Sebagai Pemegang Amanah Bโ€ฆ

Fatwa Mengenai Majlis Agama Islam Sebagai Pemegang Amanah Bagi Tanah Wakaf dan Kewajipan Istibdal Tanah Wakaf Yang Terlibat Dengan Pengambilan Untuk Kepentingan Awam

MAIMsebagai-Pemegang-Amanah-BagiTanah-Wakaf ยท 2 February 1995

Jata Negeri Melaka

NEGERI MELAKA

Warta Kerajaan
DITERBITKAN DENGAN KUASA

GOVERNMENT OF MALACCA GAZETTE
PUBLISHED BY AUTHORITY

Jil. 39
No. 3

2hb Februari 1995

No. 54.
ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARAK (NEGERI MELAKA) 1991

FATWA DI BAWAH SEKSYEN 30

Pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberikan oleh seksyen 30(1) Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Melaka) En. 5/91 1991, Mufti Negeri Melaka, bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Syariah, membuat fatwa yang berikut:

  1. Bahawa menurut Hukum Syarak tanah-tanah Wakaf tidak boleh dijual beli, tidak boleh diberi kepada sesiapa dan tidak boleh pindah milik, demikianlah sebagaimana yang berlaku pada Wakaf Saidina Omar Ibnu Khattab R.A. tanahnya di Khaibar, yang mana menjadi Wakaf yang pertama dalam Islam.
  2. Bahawa menurut seksyen 37 Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Melaka) 1991, tanah-tanah Wakaf Negeri Melaka ini terletak pada Majlis Agama Islam, sebagai pemegang Amanah yang tunggal.
  3. Oleh yang demikian jika tanah Wakaf diambil balik oleh Pihak Berkuasa Negeri kerana apa jua sebab, maka pampasan wajiblah dibayar baginya dan wang pampasan itu hendaklah terletakhak dan dibayar kepada Majlis Agama Islam, supaya diganti tanah lain sebagai mengekalkan Wakaf dan menunaikan kehendak yang berwakaf.

Diperbuat pada 6 Disember 1994.
[PMM/0020 Klt. 2; PUN (M) 351/27.]

DATUK HJ. MD. YUNUS BIN HJ. MD. YATIM
Mufti Negeri Melaka, Pengerusi
Jawatankuasa Syariah

Fail Fatwa

Fatwa Mengenai Majlis Agama Islam Sebagai Pemegang Amanah Bagi Tanah Wakaf
โ† Kembali ke Muamalat Semua Warta Fatwa โ†’