11 Rabiulawal 1448 H | Isnin, 24 Ogos 2026
Soalan Lazim Peta Laman Maklum Balas |
| |
Jabatan Mufti Negeri Melaka
Utama / Warta Fatwa / Aqidah / Fahaman Yang Dibawa oleh Dr. Wan Maseri binti Wan Mohd

Fahaman Yang Dibawa oleh Dr. Wan Maseri binti Wan Mohd

fahaman-yang-dibawa-oleh-dr-wan-maseri ยท 23 February 2023

Jata Negeri Melaka

NEGERI MELAKA

Warta Kerajaan
DITERBITKAN DENGAN KUASA

GOVERNMENT OF MALACCA GAZETTE
PUBLISHED BY AUTHORITY

Jil. 67
No. 8

23hb Februari 2023

TAMBAHAN No. 4
PERUNDANGAN

ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM
ADMINISTRATION OF THE RELIGION OF ISLAM (STATE OF MALACCA) ENACTMENT 2002

M. P.U. 11.

FATWA DI BAWAH SEKSYEN 36
FATWA UNDER SECTION 36

FATWA yang dinyatakan dalam Jadual telah disediakan oleh Jawatankuasa Fatwa di bawah seksyen 35 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002 [En. No. 7 tahun 2002] dan telah dikemukakan kepada Majlis oleh Mufti, bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Fatwa, menurut subseksyen 36(3), dan telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong di bawah subseksyen 36(4) bagi penyiaran fatwa itu dalam Warta dan telah dimaklumkan kepada Kerajaan Negeri menurut subseksyen 36(6) fatwa itu adalah disiarkan dalam Warta di bawah subseksyen itu.

THE FATWA set out in the Schedule was prepared by the Fatwa Committee under section 35 of the Administration of the Religion of Islam (State of Malacca) Enactment 2002 [En. No. 7 of 2002] and has been submitted to the Majlis by the Mufti, on behalf and in the name of the Fatwa Committee, pursuant to subsection 36(3), and the Yang di-Pertuan Agong has given his assent under subsection 36(4) for the publication of the fatwa in the Gazette and the State Government has been informed of the fatwa pursuant to subsection 36(6) and the fatwa is published the Gazette under that subsection.

JADUAL/SCHEDULE

  1. Fahaman yang dibawa oleh Dr. Wan Maseri binti Wan Mohd adalah menyelweng daripada ajaran Islam berdasarkan akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah;
  2. Ajaran Asmaul Husna yang dibawa oleh Dr. Wan Maseri binti Wan Mohd hendaklah segera disekat keseluruhannya daripada disebarkan kepada umat Islam di negeri ini;
  3. Oleh itu, mana-mana orang Islam adalah diharam dan dilarang;
    1. berpegang, beramal atau terlibat dengan fahaman dan ajaran ini.
    2. merujuk dan menyebarkan semua bentuk pengajaran, penerbitan dan pengedaran bahan-bahan ajaran buku-buku mengenai ajaran Asmaul Husna karangan Dr. Wan Maseri binti Wan Mohd atau seumpamanya melalui apa jua medium.
  4. Mereka yang telah mengamalkan fahaman dan ajaran ini hendaklah segera bertaubat serta memohon keampunan daripada Allah SWT.
  5. Mana-mana orang Islam yang melakukan apa juga aktiviti yang berkaitan dengan ajaran Asmaul Husna yang dibawa oleh Dr. Wan Maseri binti Wan Mohd atau seumpamanya adalah melakukan kesalahan dan boleh diambil tindakan di bawah undang-undang yang berkuat kuasa di negeri Melaka.

Bertarikh 1 Februari 2023
Dated 1 February 2023
[JMM/BFB(S) 600-1/8/1 Jld. 2; PUNM. 700-02/37 Jilid 4]

DATUK SERI UTAMA (DR.) HJ. SULAIMAN BIN MD ALI
Pengerusi/Chairman
Majlis Agama Islam
Melaka

Fail Fatwa

fahaman-yang-dibawa-oleh-dr-wan-maseri.pdf
โ† Kembali ke Aqidah Semua Warta Fatwa โ†’