11 Rabiulawal 1448 H | Isnin, 24 Ogos 2026
Soalan Lazim Peta Laman Maklum Balas |
| |
Jabatan Mufti Negeri Melaka
Utama / Warta Fatwa / Aqidah / Fahaman, Ajaran Atau Doktrin Hizbut Tahrir

Fahaman, Ajaran Atau Doktrin Hizbut Tahrir

fahaman-ajaran-atau-doktrin-hizbut-tahir Β· 23 February 2023

Jata Negeri Melaka

NEGERI MELAKA

Warta Kerajaan
DITERBITKAN DENGAN KUASA

GOVERNMENT OF MALACCA GAZETTE
PUBLISHED BY AUTHORITY

Jil. 67
No. 8

23hb Februari 2023

TAMBAHAN No. 4
PERUNDANGAN

M. P.U. 10.

ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM
(NEGERI MELAKA) 2002

ADMINISTRATION OF THE RELIGION OF ISLAM
(STATE OF MALACCA) ENACTMENT 2002

FATWA DI BAWAH SEKSYEN 36
FATWA UNDER SECTION 36

Fatwa yang dinyatakan dalam Jadual telah disediakan oleh Jawatankuasa Fatwa di bawah seksyen 35 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002 [En. No. 7 tahun 2002] dan telah dikemukakan kepada Majlis oleh Mufti, bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Fatwa, menurut subseksyen 36(3), dan telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong di bawah subseksyen 36(4) bagi penyiaran fatwa itu dalam Warta dan telah dimaklumkan kepada Kerajaan Negeri menurut subseksyen 36(6) fatwa itu adalah disiarkan dalam Warta di bawah subseksyen itu.

The Fatwa set out in the Schedule was prepared by the Fatwa Committee under section 35 of the Administration of the Religion of Islam (State of Malacca) Enactment 2002 [En. No. 7 of 2002] and has been submitted to the Majlis by the Mufti, on behalf and in the name of the Fatwa Committee, pursuant to subsection 36(3), and the Yang di-Pertuan Agong has given his assent under subsection 36(4) for the publication of the fatwa in the Gazette and the State Government has been informed of the fatwa pursuant to subsection 36(6) and the fatwa is published the Gazette under that subsection.

JADUAL/SCHEDULE

  1. Fahaman, ajaran atau doktrin Hizbut Tahrir adalah bercanggah dan menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar menurut pegangan Ahli Sunnah Wal Jama’ah.
  2. Mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan adalah dilarang dan diharamkan untuk berpegang dengan fahaman, ajaran atau doktrin Hizbut Tahrir termasuk:
    1. menjadi ahli kumpulan atau pengikut kepada fahaman, ajaran atau doktrin Hizbut Tahrir;
    2. berada, hadir di dalam majlis, perhimpunan, perayaan, sambutan keraian atau apa-apa aktiviti yang boleh dikaitkan dengan fahaman, ajaran atau doktrin Hizbut Tahrir;
    3. mengisytiharkan diri sebagai ahli kumpulan atau pengikut Hizbut Tahrir melalui pengakuan bersumpah atau apa-apa kaedah lain;
    4. berselindung disebalik apa-apa aktiviti ekonomi, perniagaan, pendidikan, kesenian dan sebagainya melalui pertubuhan, persatuan atau syarikat yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan fahaman, ajaran atau doktrin Hizbut Tahrir;
    5. menghidupkan kembali fahaman, ajaran atau doktrin Hizbut Tahrir sama ada melalui apa-apa rangkaian, atau mana-mana pertubuhan, persatuan atau syarikat yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan fahaman, ajaran atau doktrin Hizbut Tahrir;
    6. mengajar, menganjur, mempromosi, mengadakan atau membantu menjayakan apa-apa perayaan, sambutan keraian, majlis atau apa-apa aktiviti yang boleh dikaitkan dengan fahaman, ajaran atau doktrin Hizbut Tahrir;
    7. Memiliki, menyimpan, mencetak, menjual atau mengedar filem, rakaman audio, buku, majalah atau apa-apa terbitan, risalah atau apa-apa dokumen, atau menggunakan sebarang bentuk lambang, rajah, ilustrasi atau tanda-tanda yang boleh mengaitkan fahaman, ajaran atau doktrin Hizbut Tahrir dimana-mana harta alih atau tak alih; atau
    8. mengamalkan, menyebarkan atau mempromosikan atau mengembangkan fahaman, ajaran atau doktrin Hizbut Tahrir di Negeri Melaka.
  3. Mana-mana orang Islam yang telah beribai’ah atau mengamalkan fahaman, ajaran atau doktrin Hizbut Tahrir adalah disifatkan bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar menurut pegangan Ahli Sunnah Wal Jama’ah dan hendaklah segera bertaubat kepada Allah SWT.
  4. Apa-apa variasi, versi, bentuk atau cabang mana-mana ajaran, pegangan, doktrin atau fahaman baru yang mempunyai persamaan dengan unsur-unsur fahaman, ajaran atau doktrin Hizbut Tahrir adalah disifatkan bercanggah dengan aqidah ajaran Islam yang sebenar menurut pegangan Ahli Sunnah Wal Jama’ah.
  5. Apa-apa jua bahan publisiti dan sebaran yang menonjolkan ajaran, pegangan atau fahaman mereka yang berpegang dengan fahaman atau ajaran atau doktrin Hizbut Tahrir atau apa-apa fahaman dan ajaran yang mempunyai persamaan dengannya dalam apa jua bentuk penerbitan dan cetakan atau siaran dalam mana-mana rangkaian atau media elektronik adalah dilarang dan diharamkan.
  6. Mana-mana orang Islam yang melakukan perkara-perkara di atas adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh diambil tindakan di bawah undang-undang yang berkuat kuasa di Negeri Melaka.

Bertarikh 1 Februari 2023
Dated 1 February 2023
[JMM/BFB(S)600-1/8/1 Jld. 2; PUNM. 700-02/37 Jilid 4]

[REDACTED NAME]
Pengerusi/Chairman
Majlis Agama Islam
Melaka

Fail Fatwa

fahaman-ajaran-atau-doktrin-hizbut-tahir.pdf
← Kembali ke Aqidah Semua Warta Fatwa β†’