11 Rabiulawal 1448 H | Isnin, 24 Ogos 2026
Jabatan Mufti Negeri Melaka
Home / Gazetted Fatwa / Syariah / Anak Tak Sah Taraf

Anak Tak Sah Taraf

anak-tak-sah-taraf ยท 23 February 2023

Jata Negeri Melaka

NEGERI MELAKA

Warta Kerajaan
DITERBITKAN DENGAN KUASA

GOVERNMENT OF MALACCA GAZETTE
PUBLISHED BY AUTHORITY

Jil. 67
No. 8

23hb Februari 2023

TAMBAHAN No. 4
PERUNDANGAN

ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM
(NEGERI MELAKA) 2002
ADMINISTRATION OF THE RELIGION OF ISLAM
(STATE OF MALACCA) ENACTMENT 2002

M. P.U. 7.

FATWA DI BAWAH SEKSYEN 36
FATWA UNDER SECTION 36

FATWA yang dinyatakan dalam Jadual telah disediakan oleh Jawatankuasa Fatwa di bawah seksyen 35 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002 [En. No. 7 tahun 2002] dan telah dikemukakan kepada Majlis oleh Mufti, bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Fatwa, menurut subseksyen 36(3), dan telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong di bawah subseksyen 36(4) bagi penyiaran fatwa itu dalam Warta dan telah dimaklumkan kepada Kerajaan Negeri menurut subseksyen 36(6) dan fatwa itu adalah disiarkan dalam Warta di bawah subseksyen itu.

THE FATWA set out in the Schedule was prepared by the Fatwa Committee under section 35 of the Administration of the Religion of Islam (State of Malacca) Enactment 2002 [En. No. 7 of 2002] and has been submitted to the Majlis by the Mufti, on behalf and in the name of the Fatwa Committee, pursuant to subsection 36(3), and the Yang di-Pertuan Agong has given his assent under subsection 36(4) for the publication of the fatwa in the Gazette and the State Government has been informed of the fatwa pursuant to subsection 36(6) and the fatwa is published in the Gazette under that subsection.

JADUAL/SCHEDULE

  1. Anak yang dilahirkan di luar nikah dan bukan daripada persetubuhan syubhah atau bukan daripada anak perhambaan;
  2. Anak yang dilahirkan kurang daripada 6 bulan 2 lahzah mengikut Taqwim Qamariah dari tarikh akad nikah yang sah;
  3. Anak tak sah taraf boleh didaftarkan kepada bapa biologi tanpa "bin" atau "binti";
  4. Oleh itu, adalah dilarang dan haram hukum syarak:
    1. Mana-mana individu menasabkan anak tak sah taraf kepada lelaki sama ada yang menyebabkan kelahirannya atau yang mengaku menjadi bapa kepada anak tak sah taraf tersebut;
    2. Mana-mana lelaki yang menyebabkan kelahiran anak tak sah taraf atau yang mengaku menjadi bapa kepada anak tak sah taraf tersebut menjadi wali kepada anak tak sah taraf tersebut; dan
    3. Anak tak sah taraf dengan lelaki yang menyebabkan kelahirannya atau mana-mana individu yang mengaku menjadi bapa kepada anak tak sah taraf saling menerima dan memberi pusaka.

Bertarikh 1 Februari 2023
Dated 1 February 2023
[JMM/BFB(S) 600-1/8/8; PUNM. 700-02/37 Jilid 4]

DATUK SERI UTAMA (DR.) HJ. SULAIMAN BIN MOHD
Pengerusi/Chairman
Majlis Agama Islam
Melaka

Fatwa Files

anak-tak-sah-taraf.pdf
โ† Kembali ke Syariah All Gazetted Fatwa โ†’