• TAQWIM
layout styles

Pengenalan

Dikenali sebagai kalendar Islam atau Kalendar Hijrah yang disebut dalam bahasa inggeris iaitu “Islamic Calendar” yang digunakan dalam kebanyakan Negara Islam bagi menentukan hari-hari kebesaran Islam. Kalendar berdasarkan Bulan dan mempunyai kira-kira 354 hari.


Nama Bulan Dalam Islam

Nama bulan dalam islam dinamakan sempena peristiwa besar yang berlaku atau cuaca ketika peristiwa tersebut. Musim atau peristiwa tidak mempengaruhi nama bulan kerana bulan berubah 11 hari lebih awal setiap tahun.

Muharam al-Haram ( محرّم)

Daripada perkataan haram yang bermakna terlarang. Tradisi arab yang mengharamkan peperangan pada bulan itu.

Safar (صفر)

Bermaksud tiupan angin. Berkemungkinan cuaca berangin ketika nama digunakan. Safar menunjukkan masyarakat arab (Badwi) meninggalkan rumah mereka.

Rabiulawal (ربيع الأول)

Bulan pertama musim bunga.